Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Aiman Abdullah

12:00 AM



Assalamualaikum wbt..
Jom kita kenal dengan rakan blogger saya.. 




Blog Aiman Abdullah... Salah sorang lagi rakan blogger lelaki yang menjadi rakan blogger saya.. Berasal daripada Temerloh, berumur dalam lingkungan 20-an, rasanya masih bujang (hihi kalu salah maaflah) dan merupakan blogger sepenuh masa.. 

Hurmm, sebetulnya saya dah lupa kat mana sebenarnya persahabatan nie bermula, mungkin daripada segmen / giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger ataupun mungkin jugak dia jadi follower yang singgah pada jurnal saya, mungkin ianya daripada group-group blogger yang dicipta pada facebook.. Tapi apa yang menarik pada blog Aiman nie adalah informasinya yang begitu matang dan padat.. Jarang jugak saya melihat blogger lelaki terutamanya mempunyai informasi yang pelbagai, yealah, selalunya lelaki akan berkongsi cerita pasal kereta, motor dan memancing.. hihihi.. Tapi blog Aiman nie memang penuh dan padat dengan informasi yang kadang-kadang kita baru tau mengenainya... Lagi satu, Aiman nie pandai dalam pembuatan tulisan Khat Kufi, kalau ada sesiapa yang berminat nak buat tulisan Khat Kufi bolehlah hubungi beliau.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat Terus Ke Akaun Bank
Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun ;
Tempahan Khat Kufi (KufiNama)
5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Lens 50mm ;

Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau..


Kepada Aiman, terima kasih kerana sudi menjadi rakan blogger dan selalu drop down komen dalam jurnal akak.. Terima kasih kerana selalu menyokong akak tapi mintak maaf akak tak sempat nak drop down komen dalam blog awak, hanya menjadi silent reader dalam blog awak saja.. Akak doakan agar awak terus sukses dalam dunia blogging dan teruskan penulisan awak untuk memberi info dan ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca awak.. Akak doakan keselamatan, kesejahteraan dalam kehidupan awak sekeluarga dan semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan awak sekeluarga...



Jom kita singgah dan jengah ke blog Aiman Abdullah dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

2 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators