Terima hadiah daripada blogger Shalimar Yusof | Hadiah Giveaway

Saturday, May 11, 2019


Assalamualaikum wbt..
Terima kasih Shalimar Yusof kerana kirimkan hadiah yang comel nie pada akak.. Alhamdulillah, parcel awak selamat sampai pada hari Khamis lepas.. Hadiah nie adalah hadiah GA di Instagram Shalimar Yusof pada bulan lepas.. Sebenarnya saya dah lupa pasal GA tue, maklumlah saja nak support rakan-rakan blogger yang anjurkan GA, jadi menang ataupun tak,ianya langsung tak menjadi masalah bagi saya..

Tetiba saya dapat direct message daripada Shalimar di Instagram, dimintanya details mengenai saya kerana saya salah sorang yang bertuah menerima hadiah GA.. Mula-mula macam blur jea tapi bila tengok semula history kat Insta Shalimar, barulah saya ingat yang saya ada join GA dia dulu.. hihihi..



Inilah hadiahnya.. Alhamdulillah.. Terima kasih Shalimar dan tahniah jugak pada rakan-rakan yang berjaya...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



15 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧