Assalamualaikum wbt..
Selamat petang awak..! Petang-petang nie baru berkesempatan nak menulis kat jurnal nie, sebab kerja mencari artikel yang sesuai untuk dimasukkan dalam blog library masih diteruskan, dan jugak mencari pekeliling-pekeliling jabatan kerajaan jugak masih dijalankan.
Petang nie saya nak berkongsi dengan awak.. Kalu tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai spesis yang pelik dan jarang dijumpai, camtue jugak dengan haiwan.. Jom kita lihat haiwan yang pelik nie..
Ili Pika - haiwan comel dan jarang ditemui nie dikenali sebagai arnab sakti. Haiwan nie ditemui pada baru-baru nie setelah dua puluh tahun tak kelihatan di Pergunungan Tian Shan di China.. Wah, lama tue.. Dah macam legend pulak kan...
Katak Pinocchio - Haiwan nie diberi nama sebegini kerana ia mempunyai hidung yang boleh menjadi panjang apabila ia mendekati katak betina atau menghidu sesuatu yang bahaya. Ehh..eh.. macam sama aje hidung Pinocchio yang akan menjadi panjang bila bercakap bohong..
Monyet hidung kemek - Primat yang jarang ditemui di dunia ini dipercayai telah ditemui pada tahun 2010 di utara Burma (Myanmar). Oleh kerana bentuk hidungnya yang luar biasa, bila tiba musim hujan aje, monyet nie akan selalu bersin.. Dah macam kena selesema pulak..
Kelawar putih - Berasal dari Amerika Tengah dan tinggal di dalam daunan Heliconia. Ia cuma memakan buah-buahan saja dan hanya mampu membesar sehingga 1.5 inci saja.. Comel jea kan..
Sotong Dumbo - Haiwan laut yang pelik nie diberi nama samaran kerana kedua-dua sirip pada membran di antara kakinya yang menyerupai telinga gajah terbang Dumbo, dari filem animasi Disney yang terkenal...
Belalang bermata merah jambu - Belalang ini memang unik, mempunyai badan berwarna hijau striking dengan matanya yang bulat berwarna merah jambu merupakan penghuni di Pergunungan Muller di tanah tinggi Pasifik.
Penyu Albino - Penyu kecil nie menggunakan lehernya yang panjang dan hidungnya sebagai snorkel untuk bernafas di dalam air.
Kelawar Yoda - Kelawar yang comel nie mempunyai mata dan hidung yang luar biasa ditemui pada tahun 2009 di dalam hutan di Papua New Guinea. Ia pernah menjadi tular di internet satu ketika dulu kerana rupanya yang menyerupai Jedi Master dari filem Star Wars yang terkenal.. Memang terkenal la kelawar nie kan...
Smart lah rambut Monyet Hidung Kemek tu....
ReplyDeletekatak tu banyak menipu.. tu pasal jadi pinochio.. hehehe!
ReplyDeletesotong dumbo yang tak selera elsa tengok hakhak geliiii!!!!
ReplyDeletewahh.. bagus info ni... untuk pengetahuan am.. tq ya..
ReplyDeleteComelnyaaaaa pika tu .. indahnha ciptaan Allah ,, kun fayakun maka jadilah.. pelik pelik pun tetap comel
ReplyDeletecomel2 pulak dieorg ni.hee
ReplyDeleteComel Pula mereka ni haha
ReplyDeleteSemua tak pernah tengok real ni, haha, pelik tapi comel. (Padahal geli nak pegang, haha)
ReplyDeleteMemang tak pernah tengok semua binatang ni. Suka la tengok si ili pika tu. Comei la
ReplyDeleteyg atas sekali tu superb comel..!!
ReplyDeletejarang nampak, tu yg rasa pelik kan ...
ReplyDelete