Pengumuman Penting daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Tuesday, October 06, 2015

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu duga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di talian
03-88856364/03-88806470 atau BahagianPengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Separa perubatan) di talian 03-88856254/03-88856277/03-88856266/03-88856273 atau layari laman web SPA di www.spa.gov.my.


Jadi pada sahabat yang ingin mengetahui status panggilan temuduga, make sure alamat emel dan nombor telefon diberikan pada yang tepat dan sahih agar awak tak ketinggalan dalam panggilan temuduga nie...

kepada awak suma.. 

Jaa nee,..
 

1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧