Jati diri penting untuk berjaya

Tuesday, October 27, 2015



Assalamualaikum, 
Apakah yang dimaksudkan JATI DIRI? 

JATI DIRI membawa maksud sifat atau ciri yang unik dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang dan bangsa. Untuk menjadi satu jati diri, seseorang perlu ; 

1. Mesti ada keazaman yang kukuh iaitu sikap cintakan kecemerlangan dan sentiasa mengidam-idamkan kecemerlanganAzam mestilah sentiasa dihidup dan disemarakkan hingga akhir hayat hingga kejayaan menjadi kenyataan.

2. Usaha gigih tersusun dan sistematik Untuk mencapai kecemerlangan mesti dimulakan dengan usaha gigih iaitu dengan cara membuat perancangan teratur dan sistematik. Masa dan tenaga diperlukan dan anda harus bijak menggunakan masa.

3 Mengetahui dan mempraktikkan “study smart”
Ramai pelajar menyangkakan bahawa kejayaan hanya tercapai jika kita “study smart”. Sebenarnya di samping belajar bersungguh-sungguh kita mesti belajar secara berkesan iaitu mendapat hasil paling maksimum dan mencurahkan masa dan tenaga yang paling minimum.

Kita tidak boleh belajar secara membuta tuli dan tidak sistematik. Kita harus belajar secara berkesan.


4. Disiplin diri
Disiplin diri yang kukuh dan bertungkus-lumus dalam menghadapi cabaran dan rintangan iaitu bijak mengurus masa dan menahan diri daripada semua godaan.


5. Kemantapan jiwa, mental dan fizikal iaitu
  • Cintakan kejayaan dan kecemerlangan
  • Cinta ilmu dan peningkatan
  • Cinta persaingan dan kemenangan
  • Cinta masa dan bijak menguruskannya
  • Cinta usaha dan kegigihan
  • Cinta Tuhan, diri keluarga dan bangsa.
6. Tidak mudah putus asa
Pelajar yang cemerlang ibarat seorang jaguh sukan yang sentiasa menang dalam pertandingan yang disertainya dan tidak pernah merungut dengan kepenatan dan keletihan. Oleh itu, seseorang pemenang tidak akan mudah putus asa dan puas hati dengan pencapaian yang sederhana.


7. Penghalang ke arah kecemerlangan
Secara sedar atau tidak ramai pelajar kurang mempunyai sikap positif ke arah kecemerlangan. Penghalang kepada kecemerlangan ialah sikap diri pelajar itu sendiri, iaitu budaya takut bertanya dan malu tidak bertempat serta mudah terjebak dengan perlakuan negatif. Antara ungkapan negatif ialah :
  •  Cemerlang bukan miliku
  • Berasa cukup dengan apa yang ada
  • Tewas sebelum berjuang dan malas berusaha
  • Suka menangguhkan kerja
  • Kecemerlangan bukan memerlukan otak yang geliga
  • Tidak perlu jadi ulat buku dan antisosial untuk berjaya


1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧