Jangan share tentang perkara yang tak sahih

Wednesday, September 02, 2015

Assalamualaikum, selamat pagi suma...beberapa hari yang lepas, saya ada ternampak satu post bergambar di fesbuk mengenai pohon Zaqqum yang kononnya tumbuh di satu tempat bernama Thoif, Arab Saudi..Well jika awak ada baca dan penah post gambar pohon tue, sebenarnya BUKAN pohon Zaqqum..diulang sekali lagi, BUKAN pohon Zaqqum.. Ini adalah penjelasan daripada seorang yang arif tentang pohon Zaqqum..

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Akhir-akhir ini ramai yang menyebarkan artikel beserta gambar pohon Zaqqum yang kononnya tumbuh di satu tempat di Saudi Arabia iaitu di satu tempat yang bernama Thoif.

Saya terpanggil untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pohon Zaqqum ini. Kita akan melihat dan menilai fakta ini dengan menilai semula makna dan maksud pohon Zaqqum yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir dan Hadis.

Pohon Zaqqum ini disebut beberapa kali di dalam al-Quran iaitu pada beberapa surah iaitu pada surah al-Waqi'ah ayat 52, surah al-Shoffat ayat 62, 63, 66 & 67, 68, surah al-Isra' ayat 60, dan juga Surah al-Duqan ayat 43.

Dari ayat-ayat ini dapat kita simpulkan bahawa Allah Jalla Wa Ala hanya menyebut pohon Zaqqum itu adalah makanan yang akan dimakan oleh penghuni neraka. Hanya pada Surah al-Shoffat sahaja Allah telah menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan pohon Zaqqum. Pada ayat 63 dalam surah tersebut Allah menjelaskan

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ مِنْ أَصْلِ الْجَحِيمِ

Sesungguhnya ia adalah pohon yang tumbuh dari dasar neraka yang marak menjulang apinya.

Ayat ini menunjukkan bahawa bukanlah pokok zaqqum itu tumbuh di muka bumi ini tetapi ia hanya tumbuh di dasar neraka dan ia tumbuh dalam api yang marak menyala. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi ﷺ yang menjelaskan kepada kita bahawa pokok Zaqqum ini akan menghancurkan kehidupan seluruh penduduk bumi jika ia jatuh sekalipun ke bumi ini.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Jikalau setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka bertapa dahsyatnya halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” HR Al-Tirmizi

Akal manusia yang terhad pemikirannya ini sukar untuk menerima sehingga orang-orang kafir selalu mengejek Rasulullah ﷺ kerana akal mereka hanya dapat memikirkan bahawa pohon kayu adalah bahan bakar kepada api tidak mungkin ada pohon yang dapat hidup di dalam api yang marak menjulang.

Oleh yang demikian Allah s.w.t menurunkan ayat :

وَالشَجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرآنِ نُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُم إِلَّا طُغْيَانَا كَبِيرَا

“Dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Dan Kami menakut-nakutkan mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau.”

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah tidak mungkin pohon Zaqqum itu tumbuh di muka bumi ini kerana ia bercanggah dengan apa yang dijelaslan oleh Allah di dalam al-Quran dan ia juga bercanggah dengan Hadis Nabi ﷺ.

Apa-apa perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan Hadis Nabi ﷺ atau bercanggah dengan salah satu daripadanya maka ia tidak dapat diterima sebagai satu fakta bahkan ia menjadi satu pendustaan yang besar terhadap agama Allah s.w.t dan juga pendustaan terhadap Nabi ﷺ

Wallahu A'lam

Abu 'Ammar al-Mahmudi


Jadi, sebelum kita nak post sesuatu perkara, eloklah disiasat dan teliti dulu perkara tersebut agar kita tak terpesong dengan apa yang disampaikan... Wallahualam...


8 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧