Diari harian

Tuesday, July 12, 2011


Assalamualaikum,
Cuaca hari ini sungguh baik sekali dan aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah pada pukul 10.00 pagi untuk menjemur pakaian yang dibasuh semalam... Nasib baik boss aku memberi kebenaran untuk pulang ke rumah dan pakaian aku pasti akan kering...Oh ya! Selain dari cuaca yang begitu baik, jerebu melanda Malaysia...Hmm pada mulanya aku ingatkan jerebu hanya melanda Sepang dan Putrajaya sahaja tetapi bila aku melihat berita jam 8 malam, rupa-rupanya jerebu melanda seluruh Malaysia...Mungkin ada kebakaran besar di Sumatera dan menyebabkan jerebu di negara jiran...Jarak penglihatan di Putrajaya dan Sepang adalah sejauh 2 kilometer dan nasib baik kesihatan kami tidak terjejas...Malam ini drama dan movie di tv agak menarik kerana TV2 menyediakan movie Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul 'Madu Tiga' ditayangkan pada pukul 10 malam manakala TV3 pula menyediakan drama bertajuk 'Juvana' yang ditayangkan pada pukul 9 malam...Aku dan hubby sememangnya suka tengok drama 'Juvana' dan 'Madu Tiga' kerana kedua-dua cerita ini mempunyai jalan cerita yang tersendiri...Walaupun cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah lama diterbitkan tetapi kesemua movie arahan dan lakonan beliau dikenang sehingga ke hari ini....Aku mempunyai banyak koleksi VCD/DVD lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kerana aku suka tengok movie secara berulang-ulang...Aku juga mempunyai banyak lagi koleksi VCD/DVD movie Inggeris, Hindi, Cina, Jepun, Thailand dan kartun....hehehe....Bak kata hubby, bagaikan kedai VCD/DVD...

2 comments

  1. p ramlee feveret sy dri dulu lgi..kecik2 selalu panggil 'Lamli...lamli...'

    ReplyDelete
  2. Untungnya rumah dekat dengan pejabat. Impian saya pula hendak bekerja di rumah.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧