Diari harian

Thursday, July 28, 2011



Tik..Tok...Tik...Tok... Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam dan aku berasa tidak mengantuk lagi... Hari Khamis bersamaan malam Jumaat dan esok adalah hari Jumaat, penghulu segala hari... Tadi aku pergi ke pasaraya Giant untuk membeli barang keperluan dapur lantaran minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak... Hmm... Sekejap saja masa berlalu dan tidak sedetik pun masa menunggu kita... Hari ini adalah hari aku mula bekerja kembali dan aku berasa amat rindu pada pekerjaan aku ini... Dalam fikiran aku sudah mula bekerja tentang masakan apa yang perlu aku buat untuk buat sahur...Dan fikiran aku mula bekerja untuk melakukan ibadah semasa di bulan Ramadhan ini... Orang kata bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan dan di kesempatan ini aku mahu melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin supaya aku, hubby, keluarga kami, sahabat handai, saudara mara dan seluruh umat Islam akan mendapat keredhaan dari Allah... Mari kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah SAW, semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat...


Bersabda Rasulullah s.a.w: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pintu pun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirilah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan)“.
(Hadith riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra)
…..
Abu Hurairah ra menyatakan: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)
…..
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
…..
Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
…..
Daripada Abu Hurairah ra telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah ra: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda s.a.w bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam)“.
(Hadith riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
…..
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah ra berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

1 comment

  1. Ramadan bulan penuh keberkatan. Rebut peluang beribadah banyak-banyak.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧