Petua nenek cara alami

Wednesday, November 25, 2020

Petua nenek cara alami


Assalamualaikum wbt..
Jom kita selongkar ilmu pelbagai petua cara alami.. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua..

Cuka hilangkan kotoran pada mangkuk tandas

Cuka hilangkan kotoran pada mangkuk tandas - Tuangkan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian, awak gosok keseluruhan mangkuk tandas dengan menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, awak siram dengan air bersih.

Tomato dan gula putihkan baju

Tomato dan gula putihkan baju - Awak tau tak yang buah tomato merupakan bahan pemutihan semula jadi yang kuat. Bila dicampurkan dengan gula ianya dapat membantu menghilangkan kotoran yang terpalit pada baju putih. Mula-mula, awak rendamkan baju putih bersama dengan campuran tomato dan gula selama semalaman. Tunggu sehingga hari keesokan, dan kemudian awak cuci baju tue seperti biasa dan bilas dengan air bersih.

Daun kari hitamkan rambut beruban

Daun kari hitamkan rambut beruban - Daun kari nie memang sinonim dengan masakan, tapi awak tau tak yang daun kari nie boleh hitamkan rambut yang beruban. Caranya, campurkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masak bahan campuran ini ke atas api sederhana sehingga daun kari menjadi hangus. Kemudian awak tutup api dan biarkan ianya sejuk pada suhu bilik. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. 

Ubat gigi tanggalkan gula-gula getah


Ubat gigi tanggalkan gula-gula getah - Aduhh..! Gula-gula getah melekat kat rambut.. Takde masalah, ubat gigi adalah penyelesaiannya..Caranya adalah ambil sedikit ubat gigi dan letakkan pada berus gigi terpakai. Kemudian awak gosok secara perlahan-lahan pada rambut sehingga gula-gula getah tue tertanggal.

Guna minyak zaitun / minyak masak elak pasta melekat

Guna minyak zaitun / minyak masak elak pasta melekat - Bagi untuk mengelakkan pasta atau spagetti tak melekat pada permukaan periuk, awak letakkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak masak yang baru semasa merebus. Dengan cara ini, pasta atau spagetti pasti tak melekat antara satu sama lain.

*sumber gambar dari Google Images dan re-edit semula

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



22 comments

  1. Petua daun kari dan tomato beserta gula itu yang pertama kali tahu.

    ReplyDelete
  2. tak pernah tau pun ubat gigi boleh buang gula gula getah... thanks for sharing kak shikin

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. saya pernah cuba yang vinegar untuk sinki. mangkuk tandas belum..
    saya selalu main tibai je jenis pencuci yang available hehe..

    ReplyDelete
  4. CUKA tuang ketandas tu wak blom try laagi., ;p

    ReplyDelete
  5. Petua daun kari dengan ubat gigi tu baru tahu..

    ReplyDelete
  6. Thanks for the sharing kak shikin.. banyak petua baru tahu hari ni..

    ReplyDelete
  7. x perlu berbelanja besar utk menghilangkan kotoran di baju n magkuk tandas. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. rupanya banyak petua yang boleh kita buat dirumah tanpa keluarkan modal yang besar

    ReplyDelete
  9. 1st time aca petua2 mcm ni. baru tahu tomato boleh pyutihkan fabrik jugak. haha selalu orang buat utk putihkan kulit muka. Yang daun kari tu mcm boleh try dkt abah ni hehehe

    ReplyDelete
  10. menarik petua putihkan baju guna tomato dan gula tu. Boleh cuba nanti. TQ share kak :)

    ReplyDelete
  11. Baru tahu pasal petua ni tq for share kak

    ReplyDelete
  12. Menarik petua2 alami ni. Boleh cuba bab cuci mangkuk tandas tu. Guna cuka je pun kan.

    ReplyDelete
  13. first time dengar daun kari boleh hitamkan rambut beruban. nice sharing :)

    ReplyDelete
  14. Yang LH tau letak minyak dalam pasta tu memang taknak bagi melekat. Pasta pun jadi glossy aje.

    ReplyDelete
  15. Petua minyak masak tu selalu buat tapi lekat gak. Tak cukup banyak kot.

    ReplyDelete
  16. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  17. Petua buh minyak masak supaya masa rebus spaghetti tu, betul sangat. Selalu buat. Hihi

    ReplyDelete
  18. Wow byk yg mama xtau esp yg tomato danndaun Kari tu

    ReplyDelete
  19. tips last sekali tu memang lama dah aida amalkan.
    guna olive oil, Kin.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧