Bahan Kimia Yang Memberi Rasa Pedas Pada Cili

9:36 PM


Assalamualaikum wbt...
Ada sesiapa yang suka makan pedas tak..? Awak tau tak apakah bahan kimia yang memberi rasa pedas pada cili...?

Awak tau tak yang membuatkan rasa pedas  pada cili tue terhasil daripada sejenis bahan kimia dikenali sebagai kapsaisin (methyl-Nvanilil-6-nonemida). 

Kapsaisin ialah sebatian yang bertanggungjawab ke atas takat kepedasan dalam cili di mana sebatian tersebut memiliki rantai kumpulan isodesonoik dihasilkan daripada asid lemak berbentuk trans. Manakala bahagian vanililamina disintesis adalah berasal daripada asid amino fefnilalanina dan tairosina.

Antara faktor mempengaruhi kandungan kapsaisin dalam buah cili adalah daripada segi variety, lokasi, geografi, keadaan tumbesaran, kaedah pemprosesan, peringkat kematangan dan lokasi bahagian anotami. Malah cahaya, suhu dan keadaan pembajaan juga boleh mempengaruhi jumlah kapsaisin di dalam cili.

Jadi itulah bahan kimia yang memberi rasa pedas pada cili tue.. Saya sebenarnya suka jugak makan pedas, tapi tuelah, bila makan pedas jea, mesti akan singgah ke 'bilik termenung' banyak kali.. hihihi 

Especially sambal tempoyak... fuhhhh memang dua kali tambah nasi lah.. Awak plak camne.. ?

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

6 lovely notes

  1. Siapa yang makan cili
    dia yang terasa pedasnya

    ReplyDelete
  2. ohooo saya kurang minat makanan pedas2..
    lari dulu kalau pedas sangat..

    ReplyDelete
  3. tak pernah tau pun tentang ni, maknanya bukan original dari pokok la eh.. hmm atie mmg takleh makan pedas...

    ReplyDelete
  4. husben shida kuat mkn pedas..shid akurg skit..xbpe tahan..
    tq berkongsi info shikin :)

    ReplyDelete
  5. Saya suka makan pedas. Tapi pedas sangat memang tak lah. Thanks untuk info ni kak Shikin :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators