Rahsia khasiat buah laici

Tuesday, June 02, 2020



Assalamualaikum wbt..
Bila tengok buah laici, terbayang-bayang di mata dengan air laici yang sejuk, bila diminum terasa nyaman jea kat tekak... Laici atau nama saintifiknya  Lithi Chinensis adalah merupakan buah tropika yang banyak ditanam di kebanyakan negara Asia Tenggara..

Pokok laici nie boleh hidup lama dan memiliki buah jenis drup yang bulat, bujur telur atau bentuk jantung. Setelah masak, buahnya akan bertukar menjadi warna merah atau ungu, berkeredut atau licin. Isi buahnya pulak berwarna putih, manakala biji laici berbentuk bulat bujur dan berwarna coklat berkilat.

Banyak khasiat yang boleh diberikan oleh buah laici kepada kesihatan dan tubuh kita.. Nak tahu khasiatnya..? Jom...

Tak ada lemak tepu = Buah laici mengandungi kira-kira 66 kalori bagi 100 gram buahnya dan ianya tidak memiliki lemak tepu atau kolesterol tapi mengandungi sejumlah besar serat pemakanan, vitamin dan antioksidan. Buah laici ini mengandungi fosforus, kalsium, vitamin A, vitamin B kompleks dan vitamin C serta zat galian seperti mangan, tembaga, zink, besi dan selenium.

Penentang agen-agen berjangkit = Seperti buah sitrus lain, buah laici adalah sumber vitamin C yang baik. Dikatakan 100 gram buah segar menyediakan kira-kira 71.5 miligram atau 119 peratus nilai pemakanan yang dicadangkan untuk setiap hari. Kajian mencadangkan bahawa pengambilan buah yang kaya dengan vitamin C mampu membantu tubuh manusia membentuk penentangan terhadap agen-agen berjangkit dan membahayakan.

Sumber baik vitamin B Kompleks = Selain itu, buah laici adalah sumber baik vitamin B kompleks seperti thiamin, niasin dan folat. Vitamin-vitamin ini amat perlu pada tubuh badan kita kerana ia berfungsi melalui cara bertindak sebagai sub-faktor untuk membantu tubuh memetabolisme kan karbohidrat, protein dan lemak-lemak.

Perlindungan terhadap jantung = Buah laici juga turut mengandungi sejumlah mineral yang baik seperti kalium dan tembaga. Kalium adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh membantu mengawal degupan jantung dan tekanan darah. Ia juga menawarkan perlindungan menentang stroke dan penyakit koronari jantung. Tembaga amat diperlukan dalam penghasilan sel-sel darah merah.

Mengecutkan kelenjar membengkak = Isi buah laici dikatakan boleh direbus dan airnya boleh dijadikan air minum sebagai tonik untuk melegakan perut dan menguatkan badan, penawar racun, rawatan tumor dan bengkak kelenjar. Isi buah dikatakan memiliki kebolehan untuk mengecutkan kelenjar membengkak dan melegakan sakit berkaitan dengannya.

Legakan masalah pencernaan terganggu =  Isi buah laici adalah antasid yang baik. Ia boleh digunakan untuk merawat keasidan tinggi, loya dan dispepsia (pencernaan yang terganggu biasanya menyebabkan ketidakselesaaan atau kesakitan pada bahagian abdomen selepas makan dan kadangkala diiringi dengan muntah).

Memperhaluskan kulit dan mengurangkan bintik hitam pada muka = Khabar baik pada penghidap akne dan yang mengalami bintik hitam pada muka memerlukan pengambilan laici sebanyak mungkin. Buah laici dikatakan mampu menyuburkan minyak pada kulit dan membantu mengurangkan pertumbuhan akne. Buah ini juga dapat memperhalusi kulit apabila dimakan tanpa sebarang had. Penghalusan kulit membawa kepada kurangnya bintik hitam pada muka.


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


8 comments

  1. Tertarik dengan khasiat mengecutkan kelenjar membengkak tu.

    ReplyDelete
  2. waa.. banyak juga khasiat buah laici.. saya tau makan je.. hee~ tapi memang ketagih lah makan buah laici ni.. tau tau habis je..

    ReplyDelete
  3. antara buah yang lama sgt ray x makan. air laici pun dah tak minum. XD
    jap lg nak p cri air laici la

    ReplyDelete
  4. dah le sedap byk pula khasiatnya

    ReplyDelete
  5. banyak khasiatnya.. makan sewaktu sejuk memang membahagiakan..

    ReplyDelete
  6. banyaknya khasiat laici....mcm best je makan yaa

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧