Review : Please Stand By (2018)

Tuesday, June 02, 2020



Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasanya saya tak buat review, kan.. Filem nie memang best untuk ditonton... Apakah filem yang saya maksudkan..? Jom..



PLEASE STAND BY (2018)

Mengisahkan Wendy lakonan Dakota Fanning yang merupakan seorang autism yang bergiat aktif dalam penulisan terutama cerita Star Trek... Dia yang tinggal di salah sebuah pusat pemulihan autism di California dengan dipantau oleh seorang pengasuh, Scottie lakonan Toni Collette.. Wendy mempunyai seorang kakak iaitu Audrey lakonan Alice Eve yang selalu melawat Wendy untuk melihat perkembangan kehidupan Wendy.

Satu hari, syarikat perfileman telah membuat satu pertandingan penulisan skrip mengenai filem Star Trek dan Wendy telah berjaya menyiapkan skrip itu sebanyak 450 muka surat...

Tapi Wendy telah terlepas untuk menghantar skrip itu melalui mel dan dia membuat keputusan untuk menghantar skrip itu sendiri di Los Angeles dengan ditemani oleh seekor anjing peliharaannya.. Memandangkan selama ini dia tak pernah keluar daripada pusat jagaan autism, jadi pelbagai kisah suka duka sepanjang perjalanan Wendy ke Los Angeles.. 

Berjayakah Wendy ke Los Angeles dengan jayanya dan adakah skrip tulisannya diterima oleh syarikat perfileman..?

Kisah ini sebenarnya menceritakan bagaimana seorang autism yang cuba berdikari dalam kehidupannya walaupun dia diduga dengan pelbagai kisah suka duka.. Contohnya dalam filem ini Wendy cuba untuk melintas jalan dan dia was-was dengan isyarat lalulintas sama ada dia perlu melintas dengan lampu yang berwarna merah ataupun hijau.. Walaupun dia mempunyai seorang kakak yang selalu mengambil berat tentang dirinya, tapi Wendy tak mahu dijadikan bebanan pada kakaknya dan cuba untuk berdikari tanpa bantuan orang lain... Dan akhirnya dia berjaya membuktikan bahawa walaupun dia mengalami autism tapi dia dapat berdikari dalam kehidupannya walaupun ada masanya dia tak dapat nak buat keputusan yang tepat.. 

Memang best filem nie kerana filem nie memberi pandangan sudut yang berbeza dengan orang yang mengalami autism.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



8 comments

  1. menariks. pelakon pun best. kena cari ni

    ReplyDelete
  2. i've been wanting to watch this one tp lupe tajuk dye hahahaha.
    thank you akak sbb igtkan ray hee

    ReplyDelete
  3. suka lakonan dakota fanning tapi kali ni watak dia agak berat gak

    ReplyDelete
  4. cerita yang sangat menarik.. memotivasikan mereka yang mengalami masalah yang sama seperti watak utama..

    ReplyDelete
  5. wah macam menarik je...cite lama kan ni? baru perasan ada cerita macam ni.

    ReplyDelete
  6. Belum tengok lagi filem ni. Tajuk dia pun nampak best

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧