Rahsia di sebalik limau kasturi

1:19 AM



Assalamualaikum wbt..
Limau kasturi sememangnya amat sinonim dengan masyarakat kita.. Kalau buat air limau asam boi, buah sitrus nie menjadi pilihan hati, macam tue jugak kalau kita nak makan laksa... Perah sikit limau kasturi, pasti selera makan akan bertambah-tambah... ataupun di makan bersama dengan serbuk asam boi, pasti terkecur air liur kan... 

Selain daripada untuk menyedapkan makanan dan minuman, ada banyak lagi sebenarnya khasiat limau kasturi nie.. Buah yang dikenali dengan pelbagai nama ini dipercayai berasal daripada negara China dan telah dibawa ke Indonesia dan Filipina.. Nak tahu khasiatnya yang lain..

Jom...

Penghilang bau badan - limau kasturi nie dikatakan mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutamanya jika dimakan dengan kulitnya. Limau kasturi dapat menghalang pepeluhan yang melampau. Ia mengandungi sebatian antibakteria yang baik. Bakteria yang telah bercampur dengan peluh akan menyebabkan bau badan. Jadi ada dua cara yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan bau badan. Cara pertama adalah perah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian dan mandilah dengan air mandian tue.. Cara kedua pula adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua ke kawasan yang berbau. 

Pencuci rambut atau kulit kepala - limau kasturi yang telah diramas boleh dijadikan sebagai pencuci rambut atau kulit kepala. Cara ini dikatakan mampu menghilangkan kegatalan pada kulit kepala malah mampu merangsang pertumbuhan rambut.

Hilangkan jeragat dan jerawat - jus limau kasturi yang disapu pada wajah dikatakan mampu menghilangkan jeragat dan membantu mengatasi masalah jerawat.

Merangsang penghasilan kolagen - limau kasturi merupakan bahan penjagaan kulit yang popular. Ia mempunyai kebaikan untuk tujuan kacantikan. Kandungan asid askorbik atau vitamin C di dalam buah ini dapat menguatkan sistem kekebalan dan meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Disebabkan ini juga lah jus limau kasturi diminum sebagai tonik kecantikan. Apabila ianya disapu pada kulit, ia mampu menghaluskan kulit.

Mencegah demam selesema - perahan jus limau kasturi penuh dengan vitamin dan mineral. Sebab itu secara tradisionalnya, buah ini digunakan untuk mencegah demam selesema. Selain itu, vitamin C dalam buah ini mampu memastikan penyembuhan segera daripada jangkitan virus dan bakteria. 

Bantu kurangkan berat badan - ini adalah berita gembira pada sesiapa yang cuba untuk kurangkan berat badan. Apa kata awak minum jus limau kasturi setiap hari. Jus ini amat segar, sihat dan rendah kalori. Pengambilan secara kerap jus ini dikatakan dapat membersihkan organ dan mendekrosifikasi usus. Ia juga mampu mencegah sembelit, memperbaiki pergerakan usus dan menghapuskan lemak terkumpul. Jus ini juga dikatakan dapat mengenyangkan perut dan awak digalakkan minum jus ini sebelum makan agar tak terlebih makan.

Agen pelunturan kulit - seperti yang sedia maklum, kebanyakan penduduk di negara Asia suka pada kulit cerah. Limau kasturi adalah agen pelunturan yang digunakan dan tak seperti agen pelunturan lain, ekstrak limau kasturi ini amat ringan, semula jadi dan berkesan. ia juga boleh digunakan pada wajah dan tubuh tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan. Caranya, sapukan ekstrak jus ini pada tubuh yang mahu dicerahkan selama dua kali seminggu dan kesannya akan dapat dilihat dalam masa dua minggu. Cubalah.

Mencegah kerosakan gigi - minum jus limau kasturi nie bukan saja dapat merangsang rintangan tubuh terhadap penyakit, malah ianya turut mencegah masalah mulut. Vitamin dalam jus limau kasturi ini dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi, gingivitis, pendarahan gusi atau kehilangan gigi. Ia juga dikatakan dapat menghapus plak dan menghilangkan noda pada gigi.

So, dah tahu kan khasiatnya... Semoga ianya bermanfaat..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #staysafe



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. Pernah guna limau kasturi untuk air mandian.

    ReplyDelete
  2. banyak kebaikkannya.. Antara bahan wajib ada dalam peti ais..

    ReplyDelete
  3. waaa banyk betul khasiat, selalu ada dlm list beli brg, tapi tak tau pulak, byk manfaatnya

    ReplyDelete
  4. Banyak khasiat limau kasturi ni rupanya

    ReplyDelete
  5. tu la akak tanam pokok limau ni tak bertahun tapi x berbuah pun...geram pun ada hehee

    ReplyDelete
  6. banyak kebaikannya kan kak ana suka makan dengan asam boi shikin hehe :)

    ReplyDelete
  7. Ooo...banyak khasiat rupanya. Nak cari la pokoknya nanti

    ReplyDelete
  8. wow banyak betul khasiat limau kasturi ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators