Tip pilih hospital bersalin

3:23 PM



Assalamualaikum wbt...
Tarikh untuk bersalin semakin hari semakin dekat.. Masa inilah kita mula menempah bilik untuk menyambut orang baru.. Yealah, setiap hari ada saja kelahiran bayi berlaku.. Lambat tempah bilik, susah pula untuk mencari bilik yang kosong, dan kalau boleh kita nak bersalin di hospital yang berdekatan dengan kediaman kita...

Sesetengah orang berpendapat, hospital bersalin nie kelihatan sama tapi sebenarnya tak semuanya sama dan memenuhi keperluan kita.. Jadi kali nie saya nak berkongsi dengan awak, tip untuk memilih hospital bersalin agar semuanya berjalan dengan sempurna...

Jom...

Sejarah kesihatan - Pemilihan hospital bersalin selalunya berkait rapat dengan faktor kesihatan kita dan kandungan kita. Jadi, pastikan awak mempunyai latar belakang kesihatan yang baik, iaitu tidak mempunyai sejarah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kecing manis mahupun komplikasi kelahiran terdahulu yang memerlukan penjagaan rapi. Jika kita tergolong sebagai ibu hamil berisiko, kita perlu memilih hospital yang berpengalaman, mempunyai kemudahan dan peralatan perubatan lengkap agar tidak timbul masalah sepanjang proses kelahiran.

Kemudahan - Kemudahan yang disediakan oleh pihak hospital pilihan yang perlu diberi perhatian ialah wad bersalin, bilik bayi, unit rawatan rapi untuk ibu dan bayi serta peralatan perubatan bagi menghadapi saat kecemasan. Pastikan kesemua kemudahan ini lengkap dan mencukupi untuk rawatan ibu dan anak. Sehubungan dengan itu, kita perlu tahu sama ada terdapat kemudahan rawatan dan alat sokongan  yang lengkap jika bayi dilahirkan pra-matang atau lemas sewaktu bersalin. sama juga halnya dengan bank darah. Doktor pakar bius pun perlu bersedia sepanjang masa. Aspek ini penting untuk mengatasi apa juga komplikasi yang mungkin berlaku. Bagi kehamilan berisiko, kita harus mengambil kira tentang kemudahan bagi mengatasi komplikasi untuk diri sendiri dan bayi. Sebab itulah, kita perlu bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan mencukupi. Pilihan yang terbaik adalah hospital kerajaan kerana ia memiliki  kemudahan dan kepakaran lengkap dan mencukupi bagi menghadapi kehamilan berisiko tinggi.

Bajet - Tak semua di dalam kalangan kita mengambil insurans atau mempunyai majikan yang boleh menanggung kos rawatan bersalin. Kita perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan bersalin. Biarpun kita berhasrat untuk melahirkan bayi secara normal, kita juga perlu menyediakan kos yang mencukupi untuk kelahiran caesarean juga. Bajet bersaling bergantung sepenuhnya kepada pilihan kita. Jika kita mempunyai peruntukan wang yang lebih, takde salahnya kita memilih untuk mendapatkan perkhidmatan hospital swasta. Namun ada baiknya, awak dapatkan maklumat lengkap mengenai pakej bersalin di hospital pilihan. Bimbang ada kos tersembunyi di sebalik pakej bersalin yang ditawarkan. Apatah lagi jika berlaku komplikasi, pasti akan ada caj tambahan.

Lokasi - Dengan adanya kemudahan pengangkutan masa kini, ia pasti memudahkan kita untuk menuju ke hospital bersalin pilihan dengan segera. Apa-apa pun lokasi hospital terbaik seharusnya berdekatan dengan kediaman kita. Jadi apabila berlaku komplikasi seperti pendarahan, kita boleh segera sampai ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dapat diberikan. Pastikan juga lokasi hospital bersalin pilihan tidak terletak di kawasan yang terkenal dengan kesesakan trafik. Dinasihatkan juga agar kita tidak memilih lokasi yang jauh hanya disebabkan pakej menarik yang ditawarkan. Apa yang penting adalah kita kena fikirkan keselamatan diri dan bayi kita terlebih dulu.

Kepakaran doktor - Kita perlu tahu doktor yang bertugas di hospital bersalin pilihan mempunyai kepakaran yang diiktiraf atau sebaliknya.  Aspek ini penting untuk dititikberatkan agar doktor itu mampu mengendalikan proses kelahiran dengan segera jika bayi yang dikandungi berhadapan dengan komplikasi. Dalam pada itu, doktor yang baik, ada kepakaran dan beretika mudah mendapat tempat di hati pesakit. Pesakit yang berpuas hati akan menjadi ejen publisiti yang sangat berguna dan berpengaruh kerana golongan ini biasanya berkongsi pengalaman dengan ramai orang, khususnya kawan dan keluarga.

Kakitangan terlatih - Terdapat sesetengah hospital swasta mempunyai jururawat yang dikenali sebagai nursing aid di mana mereka dilatih semasa kerja tetapi tidak mempunyai sijil kejururawatan yang sah. Jadi pastikan jururawat atau pembantu doktor di hospital pilihan adalah terlatih dan mempunyai sijil kerana mereka dapat berbuat sesuatu jika berlaku kecemasan ketiadaan doktor.

Keselesaan - Kita perlu berasa selesa dengan apa saja yang ditawarkan oleh hospital pilihan. Salah satunya adalah mendapatkan khidmat doktor pakar yang dapat memberikan keselesaan ketika kita berkomunikasi dengannya sepanjang menjalani rutin pemeriksaan antenatal. Sekiranya selesa dengan doktor berkenaan, pasti kita mahu doktor yang sama menyambut kelahiran bayi apabila tiba masanya nanti. Sementara itu, salah satu aspek keselesaan yang perlu dipertimbangkan adalah adakah kita selesa jika doktor lelaki yang bakal menyambut kelahiran anak kelak. Jika jawapannya tidak, mohonlah budi bicara pihak berkenaan untuk mendapatkan khidmat doktor perempuan.

Prosedur - Perlu diketahui juga sama ada hospital atau klinik bersalin pilihan membenarkan suami atau ibu menemani semasa di bilik bersalin. Ini kerana ada sesetengahnya tidak membenarkan orang lain berada di dalam bilik berkenaan. Memandangkan amat penting untuk suami atau ibu di samping kita ketika menjalani proses bersalin, jadi pilihlah hospital atau klinik bersalin yang dapat memberi keizinan keberadaan salah seorang daripada mereka di sana.

Kelas antenatal - Kita digalakkan untuk menghadiri kelas antenatal sebagai persediaan sebelum bersalin. Ia bertujuan mendedahkan kita dan suami dengan maklumat berguna sebelum menimbang cahayamata. Banyak topik yang bakal diperoleh seperti pemakanan ketika hamil, penggunaan ubat tahan sakit, penjagaan ibu dan bayi, penyusuan susu ibu dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk mengikuti kelas antenatal di hospital pilihan kerana kita akan nampak hala tuju yang bakal dilalui sepanjang proses bersalin.

Hospital rakan bayi - Sebaik-baiknya pilihlah Hospital Rakan Bayi (HRB). HRB adalah hospital yang menyokong dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.

Semoga dengan adanya tip ini kita dapat memilih hospital yang selesa untuk kita dan bayi kita...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

7 lovely notes

  1. menarik info ni...boleh digunakan di masa akan datang..walaupun saya lom kahwin..heheh

    ReplyDelete
  2. ingat lagu ustaz pesan , kalau boleh cari doktor perempuan . tapi tula sekarang tak ramai dah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators