Tip penjagaan hindar peti ais berbau

5:47 PM

*sumber gambar daripada Google Images


Assalamualaikum wbt..
Bila kita balik daripada percutian dan sekarang nie dapat balik ke rumah setelah terperangkap di satu-satu destinasi semasa PKP berlangsung, perkara pertama yang kita nak buat dalam rumah tue adalah tengok keadaan dalam peti ais.

Bila buka... Masha Allah...!!! Terlupa nak masak ikan yang berada dalam freezer..! Mungkin berlaku blackout masa kita takde kat rumah... adoii... pening kan...

So, saya nak kongsi dengan awak tentang penjagaan bagaimana nak elak daripada bau yang tak menyenangkan dalam peti ais...

  1. Sentiasa bersihkan peti ais dan lap air atau makanan yang tertumpah sebelum ia melekat dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
  2. Bagi kotoran yang degil, gosok dengan soda penaik dengan menggunakan kain yang lembap.
  3. Soda penaik juha boleh digunakan untuk menyerap bauan yang kurang menyenangkan dalam peti ais dengan cara membuka bekasnya dan diletakkan pada satu sudut dalam peti ais.
  4. Selain soda penaik, bahan lain yang boleh digunakan untuk menyerap bau adalah kopi kisar yang dituang pada pinggan ataupun arang aktif.
  5. Setkan suhu peti ais yang optimum. Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan makanan cepat rosak, tetapi jika suhu terlalu rendah akan menyebabkan pembaziran dari segi bil elektrik.
  6. Gunakan bebola kapas yang dibasahkan dengan cecair vanila dan letakkan dalam peti ais untuk mendapatkan bau yang harum.
  7. Potongan lemon juga boleh diletakkan untuk mendapat bau yang segar setiap kali peti ais dibuka.
  8. Jangan simpan makanan  terlalu lama, sebaliknya guna dalam tempoh beberapa hari pembelian, bagi mengelak pembaziran apabila ia rosak dan mengeluarkan bau busuk.
  9. Keluarkan dan buang makanan yang sudah hampir tamat tempoh atau sudah menunjukkan tanda rosak pada makanan.
  10. Awak juga boleh gunakan oat untuk menyerap sebarang bau dalam peti ais.
  11. Sekiranya terdapat tumpahan makanan dan minuman yang mengeluarkan bau, selepas ia dibersihkan, lap sekali lagi pada kawasan itu dengan kain yang dibasahkan dengan jus tomato, sebelum dilap sekali lagi dengan menggunakan air suam.
  12. Bagi memastikan peti ais berada dalam keadaan yang segar, lap dengan cuka bagi menghilangkan minyak di permukaan.
  13. Bagi mengelakkan bau makanan berpindah kepada makanan yang lain atau dalam erti kata lain 'mencemarkan' kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup.
  14. Ais juga boleh disimpan di dalam bekas tertutup bagi mengelak bau makanan laut terlekat padanya.
  15. Roti tak harus disimpan di dalam peti ais kerana sifatnya yang menyerap bau, menjadikan ia tidak begitu menarik untuk dimakan sebaik dikeluarkan dari peti ais kecuali jika awak mahukan roti itu dijadikan penyerap bau dalam peti ais.
  16. Tandakan tarikh beli dan tarikh tamat tempoh pada setiap makanan pada bekasnya supaya ia tidak perlu disimpan lama. Bukan saja bau dapat dihindarkan, peti ais juga tidak menjadi terlalu padat, sekali gus suhu kekal sejuk.
  17. Sekiranya suhu menurun mendadak, dapatkan orang yang berkemahiran untuk membaikinya dengan kadar segera.
Semoga ianya bermanfaat lebih-lebih lagi pada awak yang baru dapat merentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing.. 



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #staysafe



You Might Also Like

7 lovely notes

  1. terbayang gambar esbuk berulat yg tular d muka buku tu

    ReplyDelete
  2. Rupanya guna soda penaik untuk hilangkan kotoran.

    ReplyDelete
  3. Wah baru tahu.. Banyak tips yang menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  4. Boleh try cuba tips ini terima kasih kakak

    ReplyDelete
  5. wah amat berguna tips ni , dah boleh bagitahu mak macam mana nak bagi peti ais tak berbau

    ReplyDelete
  6. No. 8 tu selalu jadi punca utama..

    ReplyDelete
  7. boleh dicuba ni...tips yang baikkkk

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators