Terima kasih Anum Kudut

6:10 PM



Assalamualaikum wbt..
Terima kasih pada Anum Kudut kerana sudi mengirimkan hadiah giveaway.. Dan ada cerita di sebaliknya.. hihihi.. Nak tau kisah..?

Camnie citernya...

Pada 15hb Mei yang lepas, saya menerima satu pesanan SMS daripada J&T Ekspress yang mengatakan ada parcel yang akan dihantar ke alamat di Putrajaya.. Masa tue hati berteka-teki apakah barangan yang akan dihantar tue..? Sebab seingat memori ingatan, rasanya saya takde pun shopping online, memandangkan sekarang nie kan musim PKP, jadi segala penghantaran saya letak alamat rumah sebagai alamat penghantaran..

Masa tue dup..dap..dup..dap menunggu parcel tue, dan akhirnya terjawab sudah teka-teki hati saya nie..  Parcel yang di nanti akhirnya sampai pada 19hb Mei yang lalu, dan bila melihat nama penghantar, senyuman mula diukir pada bibir...

Hadiah giveaway


Rupa-rupanya parcel nie dihantar oleh sahabat blogger saya, Anum Kudut [https://anumkhairil.blogspot.com/]... Tapi masa tue, rasa musykil pulak kenapa dia hantar hadiah yang comel nie pada saya... So, saya pun whatsapp la pada Anum dan katanya hadiah tue dah lama berada dalam almari opis dia, dan dia sendiri dah lupa tentang hadiah tue😅.. So ini bermakna ini adalah hadiah giveaway, yang saya pun sendiri tak ingat bilakah giveaway tue berlangsung😂.. hihihi

Apapun saya nak ucapkan terima kasih pada Anum Kudut kerana sudi hantar hadiah yang comel nie pada saya.. Semoga awak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya dan semoga ikatan ukhuwah kita akan kekal hingga ke akhirnya..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


You Might Also Like

4 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators