Tip kekal romantik sepanjang perkahwinan

11:32 AM



Assalamualaikum wbt,
Setiap pasangan suami isteri mesti akan dambakan romantik dalam perkahwinan, sama seperti masa bercinta.. Tapi hakikatnya untuk kekal romantik seperti masa bercinta dulu adalah agak sukar untuk dilakukan. Ini kerana selepas berkahwin, pasangan ini tak perlu lagi untuk bekerja keras untuk mendapatkan cinta daripada pasangan masing-masing. Jadi camne caranya untuk kekal romantik sepanjang perkahwinan biarpun usia perkahwinan itu berpuluh-puluh tahun lamanya…

Jom kita selidik…

v  Dalam mengekalkan suasana romantik, suami isteri hendaklah sering berbincang sesama sendiri biarpun perkara itu adalah perkara yang kecil.
v  Isteri hendaklah memulakan sikap manja terhadap suami sama seperti masa bercinta dulu.
v  Jangan meminta suami melakukan sesuatu hanya kerana sakit hati. Kebencian suami adalah apabila dia diminta untuk melakukan sesuatu yang sememangnya dia tak tahu untuk melakukannya,
v  Ramai suami yang tak suka bila isteri menjawab, seolah-olah si isteri tahu segalanya. Jadi untuk kekal romantik, si isteri perlu mendiamkan diri dan bertanyalah pada suami jika tak tahu perkara itu.. Tapi jika isteri tahu perkara yang disebut oleh suami, boleh dijawab tapi dengan nada yang perlahan dan tak meninggikan suara.
v  Walaupun suami tak pandai, isteri perlu beri penghormatan untuk mendengar pendapatnya dan berbincanglah andai ada rasa perselisihan pendapat.
v  Isteri jangan bergaduh atau meninggikan suara pada suami, ini kerana bila dua-dua meluahkan perasaan marah, pasti akan terkeluar perkataan dan ayat-ayat yang menghiris perasaan. Seseorang perlu mendiamkan diri bila pasangan mereka berada dalam keadaan marah.
v  Jangan mencari kesalahan pasangan masing-masing, sebaliknya sahutlah cabarannya dan betulkan kesilapan kita.
v  Sebagai isteri, kita hendaklah menambat hati suami dengan layanan mesra yang kita ada dan mampu berikan.
v  Saling membantu melakukan kerja rumah sama-sama, contohnya masa kemas rumah, buatlah sama-sama agar kemesraan antara suami isteri akan menjadi kuat.


Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

2 lovely notes

  1. In Sha Allah.. TQ for sharing kak. Harap kekal romantik sehingga hujung nyawa...

    ReplyDelete
  2. saya dah 7 tahun kahwin..insy Allah kekal hingga ke akhir hayat. amin. terima kasih info nya

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin

    Saya dah follow blog awak. :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators