Cara menghilangkan bau tahi kucing dalam dan luar rumah (versi saya)

5:12 PM



Assalamualaikum wbt..
Rasanya dah banyak kot orang bercerita pasal kucing berak merata-rata, pastu spray pun merata-rata, kan.. Sebenarnya kucing saya tak kecuali buat perangai camtu, lebih-lebih lagi jika mereka merajuk dengan saya, mulalah mereka buat hal dengan berak merata-rata, nasib baik setempat aje mereka berak.. Tapi jenuh jugak lah nak bersihkannya lebih-lebih lagi dalam rumah, harum semerbak baunya... 

Sama dengan orang lain, saya cuba macam-macam cara nak hilangkan serta takdelah diorang berak kat situ lagi tapi kebanyakan yang dicuba hanyalah bersifat sementara.. Dengan klorok nya, dengan cuka nya, dan macam-macam lagilah.. huhu last-last saya terjumpa satu cara yang hingga kini berkesan pada kucing saya dan kucing liar yang singgah ke rumah saya (singgah untuk makan dan tinggalkan 'jejak' yang sangat harum..)


Cuka epal..

Sebenarnya cuka epal jenis nie saya memang minum setiap hari untuk kesihatan.. Tapi bila cara cuka biasa dah tak jalan, saya cuba pulak dengan semburkan cuka epal di tempat yang diorang tinggal 'jejak'...sebab asasnya pun cuka kan.. tak sangka pulak ianya berkesan hingga kini.. 

Caranya, selepas awak bersihkan tempat 'jejak' tue dengan sabun dan bersihkan hingga bersih, cuma semburkan saja cuka epal nie kat tempat 'jejak' tue.. Bau cuka epal nie memang menusuk hidung kita tapi cara itu agak berkesan kerana kucing tak suka bau yang begitu menusuk hidung, ala-ala bau macam masam sikit tapi setakat nie Alhamdulillah kucing saya tak lagi tinggal 'jejak harum' diorang kat tempat selalu diorang tinggalkan...

Cubalah, mana tau kot-kot berkesan tapi kena spend sikitlah duitnya, sebab cuka nie boleh tahan mahalnya, kebetulan saya beli kat shopee dan harganya murah.. cubalah tengok kat shopee ataupun lazada, mana tau kot-kot ada offer lagi ke.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

10 lovely notes

  1. terima kasih atas perkongsian. kadang tensen jugak tak tau camna nak hilangkan bau tu :(

    ReplyDelete
  2. good sharing..nnt nak cuba la..:)

    ReplyDelete
  3. wow shikin guna cuka apple, kak ana pernah guna cuka cina tu pun kuat gila bau dia sampai kita pun naik pening hehe. Tapi menjadi juga lah cuma bila dah tak berbuu kena top up lagi hehe :)

    ReplyDelete
  4. Bolehlah cuba try nanti.
    Tapi tak pernah beli cuka epal ni

    ReplyDelete
  5. pernah masuk rumah kawan yang bela kucing banyak.. masuk2 je terus menyirap bau kucing..
    walaupun suka gila dengan kucing tapi ct alah.. memanng boleh semput jadinya..

    ReplyDelete
  6. Okay boleh cuba ni. memang susah nak hilang bau kencing atau berak kucing ni. kalau dah kat situ dia membuang. kat situ lah dikira toilet dia sampai bila².tq share

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah, so far kucing saya since di adopt tak pernah lagi membuang sebarang, tapi taktau lah if one day diorang might mogok marah membuang sebarang, good tip ni 😜

    ReplyDelete
  8. Tq shikin.. kat umah MMA pun diorg selalu tinggalkan ucapan terima kasih Tu. Dah BG makan dia tinggal hadiah plk utk Kita huhuu

    ReplyDelete
  9. xbela pun kucing. kalau ada kucing liar pun bagi makan je tapi xbagi dia masuk rumah..

    ReplyDelete
  10. agak2 kalau pee pun berkesan juga ke kak? kucing sy suka sembur merata haha.. mesti beli cuka epal mcm nie juga ke kak? ataupun apa2 brand pun boleh?

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators