Hilangkan kehitaman di bahagian tersembunyi

10:10 AM



Assalamualaikum wbt,
Bila tengok kesan kehitaman di bahagian tersembunyi, mesti kita akan rasa geram dan merasa rendah diri.. Selain daripada kulit wajah, bahagian-bahagian yang tersembunyi nie jugak memerlukan penjagaan yang rapi agar kita menjadi lebih yakin dengan diri sendiri.. Awak tau, selain daripada produk kecantikan yang ada kalanya tak menjadi, apa kata kita cuba pulak dengan cara alami. Jom kita buat..






Bahan-bahan
Limau nipis
Bedak tawas
Madu

Cara penyediaan
Campurkan limau nipis, bedak tawas dan madu dan gaulkan sebati. Sapukan di bahagian yang bermasalah sama ada di bawah lengan, leher, tepi peha dan sebagainya. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Ada lagi cara mudah, awak belah dua limau nipis, kemudian gosok perlahan-lahan secara membulat. Awak boleh buat sebelum mandi dan jika dilakukan secara rutin, ianya pasti akan berhasil. Namun jika ia langsung tak menunjukkan perubahan, mungkin dah tiba masanya awak berjumpa pakar untuk khidmat nasihat dan mendapatkan rawatan.





Bahan-bahan
Daun sirih
Segenggam beras

Cara penyediaan
Kisar segenggam beras sehingga halus, kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, awak lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah peha. Kemudian awak gosok-gosokkan campuran tue dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal daripada badan. Petua nie dikatakan bukan saja menjadikan kulit kita menjadi halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam..


Dah tau cara kan… Selamat mencuba…!


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

4 lovely notes

  1. nice sharing. btw, saya ada tag kak dlm giveaway.
    https://nurain-syahirah.blogspot.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators