Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Rodiah Amir

Tuesday, October 01, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Wah, dah masuk bulan Oktober dah kan.. So, kali nie siapa yang bertuah menjadi sahabat blogger pilihan saya..? Jom kita kenal-kenal...


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Rodiah Amir


Blog Rodiah Amir... Rasanya ramai yang dah kenal dengan blogger Rodiah Amir atau lebih dikenali sebagai Diah.. Menetap di Kuala Lumpur, merupakan seorang blogger sepenuh masa walaupun jadual padat dengan urusan rumahtangga.. 

Kami sama-sama kenal dalam satu group satu ketika dulu, dan hingga kini kami masih lagi berhubung antara satu sama lain walau dah berpisah daripada group.. Kami jugak saling sokong menyokong antara satu sama lain, antaranya Diah nie rajin buat giveaway dalam IG dia dan saya merupakan salah sorang rakan yang banyak menyertainya, hihihi...Blog Diah antara yang paling aktif ketika ini, ada saja informasi yang dia sampaikan dalam blognya.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Petua Sambal Udang Sedap Menjilat Jari ;
Idea Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak ;
Kita Sering KECEWA & SAKIT JIWA Bila Sering Berharap Pada Manusia ;
Cara Didik Anak Solat 5 Waktu - Tips Dari Wardina Safiyyah ;

dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau...



Kepada Diah, terima kasih kerana awak masih lagi menjadi rakan blogger saya dan masih sokong antara satu sama lain.. Maaf kerana saya jarang drop down komen dalam blog awak tapi saya selalu bacanya apa yang awak coretkan.. Semoga awak sekeluarga dilindungi dan dirahmati Allah SWT dan semoga awak terus sukses dalam dunia blogging.. Insha Allah semoga ikatan ukhuwah antara kita akan terus berkekalan sehingga akhirnya dengan izin Allah.. Semoga apa yang awak doakan Insha Allah akan dimakbulkan.. 




Jom kita singgah dan jengah ke blog Rodiah Amir dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧