Petanda diri terlalu sibuk

3:30 PM


Assalamualaikum wbt..
Awak sibuk tak..? Nak tau diri kita nie sibuk ke tak..? Jom kita selidik tanda-tandanya...

➊ Kalendar penuh dengan warna-warni 
Kita menggunakan warna yang berbeza untuk menandakan kalendar dan tanpa kita sedar kalendar yang miliki ini penuh dengan warna-warni penanda hal yang perlu kita laksanakan. Memang penggunaan warna menyenangkan kita yang memiliki banyak kegiatan tapi jika terlalu sibuk akan membuat kita menjadi mudah stres dan sukar untuk memberi tumpuan.

➊ Mudah mengantuk
Akibat terlalu banyak kegiatan, akan membuatkan diri kita menjadi letih dan lesu. Ini akan menyebabkan kita mudah mengantuk dan sukar untuk memberi tumpuan. Kita hanya akan tidur apabila tidak melakukan sebarang aktiviti. Jadi, cubalah untuk mengatur kesibukan dan waktu rehat awak..

➊ Lupa untuk melakukan aktiviti yang disukai
Disebabkan terlalu sibuk, kita akan lupa untuk buat aktiviti yang disukai. Sibuk dengan kerja membuatkan kita menjadi lupa diri jadi kita perlu ada masa luang untuk diri sendiri. Akhirnya kita akan menjadi letih dan lesu, cubalah berhenti seketika dan tarik nafas.

Haa... Adakah awak suma sibuk..? Apa yang boleh dilakukan untuk hilangkan stres, rasa letih yang amat dan lesu ini.. Jom kita ikut panduan ini..


Nikmati udara dan pemandangan pantai
Kalau ada masa, pergilah ke pantai yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Jika terlalu jauh, boleh ambik cuti yang pendek untuk berehat. Aktiviti bermain-main air di pantai sebenarnya boleh membantu merehatkan fikiran kita. Mendengar desiran ombak yang kuat mampu untuk mengusir tekanan dalam diri. Melihat besarnya lautan jugak akan mengecilkan perasaan letih yang ada dalam diri. Udara pantai yang segar dan pemandangan yang begitu indah sudah tentu akan menenangkan hati dan fikiran kita.


Santai pagi dengan berjalan kaki
Berjalan kaki itu menyihatkan tubuh. Selain itu berjalan kaki di pagi hari boleh membuatkan kita dapat merasakan kehangatan cahaya matahari pagi. Udara pagi yang sejuk amat bagus untuk menambah oksigen dalam tubuh dan membuatkan diri kita menjadi lebih bersemangat pada waktu pagi.


Berbasikal
Berbasikal secara santai jugak boleh jadi pengganti jika awak taknak berjalan kaki. Dengan berbasikal, ianya akan membantu aliran darah dengan lancar, oksigen juga boleh disalurkan dengan lebih baik di dalam tubuh. Apabila mood menjadi baik, dah tentu tekanan akan hilang seketika.


Mendaki
Letih dan tertekan dengan rutin seharian..? Apa kata awak buat pilihan untuk mendaki ataupun hiking. Mendaki memerlukan tumpuan yang tinggi. Setiap kali kaki melangkah dan mendaki bukit, pasti akan hilang perasaan tertekan dalam diri awak. Sebaliknya otak hanya akan berfikir di mana langkah seterusnya. Sambil-sambil mendaki, awak boleh hirup udara yang segar dan bila dah sampai di puncak, mesti hati kita akan rasa gembira kerana dapat menikmati pemandangan yang indah..

Jadi, kurangkanlah waktu sibuk kita dan lakukan aktiviti yang kita sukai agar kehidupan kita takkan ada perasaan tertekan...

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. sha lah tu, stress kerja sebab busy sangat pastu rancang nak bercuti takdapat lagi stress :(

    ReplyDelete
  2. tgh stress jugak ni byk nau kerja hihii jom bercuti

    ReplyDelete
  3. hujung tahun ni memang sibuk lah cerita dia

    ReplyDelete
  4. Done baca.ok,saya tak sibuk pun, hehe.

    ReplyDelete
  5. Zumal dulu pernah juga rasa gitu. Sekarang hanya fokus pada blog dan bisnes hujung minggu jer. Rasa lapang sangat...

    ReplyDelete
  6. semua itu ada dekat CIk Ash.. sibuk dengan surirumah hahaha

    ReplyDelete
  7. kenduri kendara pun buatkan kita sibuk juga kan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... tak sibuk sangat.. masih boleh melakukan aktiviti yang disukai..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators