Friday, November 09, 2018

JOM KITA MELANCONG : SEOUL TOUR PACKAGES



Assalamualaikum wbt…

Hanya tinggal sebulan saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru dan bulan depan bermulalah cuti sekolah yang panjang.. Jadi, ada sesiapa tak yang berhasrat untuk terbang ke mana-mana destinasi pilihan, contohnya pergi ke negara K-Pop iaitu Korea Selatan ke..? 


Semua orang tahu yang ibu negara Korea Selatan adalah Seoul.. Nama Seoul nie diambil daripada perkataan Korea iaitu “seo’ul” yang membawa maksud ibu kota. Sebelum Bandar ini diberi nama Seoul, terdapat banyak nama diberikan seperti Wiryseong, Hanyang, Hanseong dan Keijō. Selepas berakhirnya Perang Dunia II dan Kebebasan Negara Korea, akhirnya Bandar ini diberi nama sebagai Seoul. Apa sebenarnya yang best mengenai Seoul nie..? Selain daripada ramai artis terkenal tinggal di Seoul, sebenarnya ada banyak tempat yang menarik yang boleh awak kunjungi seperti Namsan Seoul Tower, Istana Gyeongbokgung, sebuah perkampungan tradisional Korea iaitu Perkampungan Bukchon Hanok dan Dongdaemun Design Plaza.. Di Seoul jugak terdapat banyak makanan yang menyelerakan dan sekarang nie mereka dapat menghidangkan makanan yang halal seperti Budae Jjigae atau dikenali sebagai sup askar Korea ( bahan-bahannya adalah kek ikan, mee ramen, keju, dumpling dan banyak lagi), Ddeobkbokki ( diperbuat daripada kek pulut beras yang dicampur dengan kobis, bawang, kek ikan dan mee) ataupun awak boleh mencuba makanan seperti BBQ Korean dan untuk pelancong Muslim, Yang Good Halal adalah pilihan yang tepat untuk menikmati makanan ini. Kebanyakan penerbangan antarabangsa akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang merupakan bandar metropolitan yang bersempadan dengan Seoul. Ia adalah lapangan terbang terbesar di Korea Selatan dan merupakan salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon terletak kira-kira 50 kilometer dari ibu kota.


Cara yang paling cepat dan paling mudah untuk sampai ke Seoul adalah dengan melalui Express Railroad Airport atau AREX. AREX mengendalikan dua kereta api Kereta Api Ekspres dan All Stop Train dengan mengambil masa kira-kira 40 hingga 51 minit untuk sampai ke Stesen Seoul daripada lapangan terbang..

Awak boleh juga pergi ke Seoul dengan menaiki bas tetapi harga tiket bas adalah lebih mahal dan mengambil masa yang lebih lama iaitu kira-kira sekitar 80 minit.. Bas-bas yang berada di lapangan terbang akan membawa anda ke Stesen Seoul sementara ada juga bas yang membawa awak ke Terminal Bas Gangnam Express. Nak sewa teksi untuk ke Seoul pun boleh dijadikan pilihan yang mudah walaupun caj yang dikenakan agak mahal. Teksi yang bawak awak ke Seoul akan mengambil kira-kira sejam perjalanan... Fuhh.. Penat bercerita.. Nak tahu lebih lanjut pasal Seoul..? Jom kita layari web Seoul Tour Package ini dan macam-macam informasi menarik yang awak boleh tau mengenai Seoul.. 


Camne nak pergi..? Jangan risau.. Tentu awak penah dengar tentang Traveloka, bukan..?Awak tau tak, sekarang Traveloka Malaysia mempunyai ciri terbaru yang memudahkan kita untuk melancong iaitu pakej kombo flight + hotel. Apa yang best mengenai pakej ini..? 

🛫 Bila awak menempah pakej (flight + hotel) daripada Traveloka, secara tak langsung awak dapat menjimatkan kos perjalanan yang lebih murah.  
🛫 Fleksibiliti yang lebih besar iaitu bila awak dapat menikmati kebebasan untuk menyesuaikan perjalanan awak dengan menggabungkan sebarang syarikat penerbangan dengan mana-mana hotel.

🛫 Cara kita bayar, samada secara tunai ataupun tanpa tunai, Traveloka menerima pelbagai kaedah pembayaran untuk memenuhi keperluan pembelian kita. Perbelanjaan dengan kredit? Kita boleh pergi bercuti impian dengan pelan ansuran 0% terkini yang disediakan oleh Traveloka.


Wahhhhh… Memudahkan dan tak payah nak pening kepala nak cari hotel ataupun tiket kapal terbang secara berasingan.. Tapi kan, camne cara nak tempah…? Jangan risau.. Saya bagitahu caranya… 


Langkah 1 : Cari Penerbangan + Hotel - Mulakan carian awak dengan memasukkan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan yang awak kehendaki..


Langkah 2 : Pilih kombinasi – Pada menu hasil carian, pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang awak suka.


Langkah 3 : Sesuaikan kombinasi - Jika anda nak menyesuaikan kombinasi awak sendiri, klik pada menu CHANGE pada Penerbangan awak apabila menggunakan App Traveloka, atau klik Ubah Bilik atau Tukar Penerbangan apabila menggunakan desktop Traveloka.


Langkah 4 : Tempah Penerbangan + Hotel – Semak catatan ringkasan mengenai lawatan awak dan klik Pilih untuk teruskan. Awak perlu mengisi maklumat butiran seperti kenalan dan pengembara dan perlu diingatkan agar semua maklumat butiran itu adalah betul.


Langkah 5 : Teruskan dengan pembayaran – Awak boleh pilih kaedah pembayaran dengan pilihan awak sendiri. Sebaik sahaja pihak Traveloka menerima pembayaran awak, e-tiket dan baucar awak akan dihantar melalui peti e-mel dalam jangka masa 60 minit daripada masa tempahan.

So, senangkan .. Buat masa ini pakej ini boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android, manakala IOS pula akan dikemaskini kemudian. Dan untuk makluman awak jugak, buat masa ini pihak Traveloka hanya menawarkan pakej Kombo Flight + Hotel saja, untuk Seoul Tour Packages TIDAK TERMASUK di dalam pakej kombo ini. Jadi, apa tunggu, lagi.. Jomlah kita menempah di Traveloka dan nikmatilah penjimatan yang super duper jimat dengan adanya Pakej Kombo Flight + Hotel... Selamat bercuti pada awak suma..




#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



8 comments:

  1. kalo dah ada pakej mcm ni, senang la nak melancong! ^^

    ReplyDelete
  2. biasa book pakai traveloka kat hp je.. hahah

    ReplyDelete
  3. Berbaloi guna Traveloka coz ada penjimatan di situ..

    ReplyDelete
  4. Alahai bestnya dapat pergi Korea.. Pergi pulak dengan pakej Traveloka memang berbaloi la.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers