Diet buat hiperkolesterolemia

12:30 PM


Assalamualaikum wbt..
Sapa yang tahu mengenai hiperkolesterolemia..? Hiperkolesterolemia adalah satu keadaan di mana kolesterol dalam tubuh seseorang dah melebihi kadar normal dalam darah. Kadar kolesterol yang berlebihan akan mengendap di saluran peredaran darah sehingga menyempitkan saluran aliran darah tersebut dan mengganggu sistem peredaran darah normal. Justeru, aspek pemakanan perlu diambil berat. Saya ingin berkongsi dengan awak suma mengenai panduan diet terutama pada sesiapa yang mengidap hiperkolesterolemia.

CARA KURANGKAN TAHAP KOLESTEROL

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
☑ Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL.
  Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak dua hingga tiga biji sahaja.
 Organ dalaman seperti hati, limpa dan jantung adalah tidak digalakkan.
 Makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan kerang-kerangan boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil.
 Sekiranya terdapat masalah, sila dapatkan nasihat pegawai pemakanan atau pegawai dietetik.

2. Kurangkan pengambilan lemak
 Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
 Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
 Bagi setiap masakan di rumah, pengambilan santan perlu dihadkan kepada dua sudu besar saja sebanyak dua kali seminggu.
 Bagi masakan di luar seperti di restoran ataupun gerai, pengambilan kuah bersantan dalam setiap masakan perlu dielakkan.

3. Tingkatkan pengambilan serat 
 Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol dalam darah.
 Sumber serat yang baik adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita.. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

6 lovely notes

  1. oo baru tau name tu tu high kolesterol ye.. kena jaga kesihatan ni

    ReplyDelete
  2. kena diet ni.. terima kasih sharing

    ReplyDelete
  3. Makin banyak jenis diet sekarang nie..

    ReplyDelete
  4. dlm proses nak kuruskan bdn huu kena diet ni

    ReplyDelete
  5. Buat masa ni saya stop dari #PerasanSlim saya. Perlu naikkan kembali berat badan dan kawal pemakanan yang sihat agar tak check in lagi ke hospital.. hehehe..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators