Tip pilih pam menyusu untuk bakal ibu

2:00 PM



Assalamualaikum wbt.. 
Kelahiran bayi dalam kehidupan rumahtangga adalah perkara yang paling manis buat semua pasangan suami isteri. Justeru dengan itu, persiapan rapi perlu dibuat daripada awal kehamilan lagi.. Salah satunya adalah dengan pemilihan pam menyusu yang betul mengikut keperluan si ibu amat penting terutama pada ibu yang berkerjaya.. 

Dalam membuat pilihan, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira agar kita tak salah memilih produk.. Antaranya..

Harga - Pam menyusu yang berada di pasaran mempunyai pelbagai jenis dan berlainan hara, jadi belilah pam menyusu mengikut keperluan kita. Anggaplah ianya pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan susu ibu jauh lebih menjimatkan. Pam manual atau menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik. Jika awak ada bajet lebih, awak boleh jugak pilih pam yang berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik dan kuasa bateri.

Mudah digunakan - Kita akan kerap menggunakan pam menyusu setiap hari, mungkin pada kadar tiga jam sekali. Jadi kita perlu memilih pam yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang serta dibuka. Selain itu, ianya mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengira masa. 

Berat dan saiz - Saiz dan berat pam adalah perkara yang penting yang perlu kita kena ambik kira. Bagi si ibu yang bekerja, pam yang ringan dan kecik akan memudahkan untuk membawanya ke pejabat atau ketika bertugas di luar kawasan.. Kalu besar sangat dan tak muat untuk dimuatkan dalam beg, sudah tentu akan menyusahkan kita kelak.

Bunyi - Pam menyusu yang berkualiti takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi ianya akan memudahkan kita mengepam berdekatan dengan bayi semasa bayi sedang tidur, di bilik yang tertutup ataupun di dalam kenderaan ketika bekerja di luar daerah tanpa disedari oleh rakan sekerja.

Ketahanan - Pastikan pam menyusu yang dipilih boleh bertahan dengan lebih lama kerana ia perlu dianggap sebagai satu pelaburan. Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan awak untuk mengepam. Ciri ini penting terutamanya untuk pam menyusu jenis elektrik kerana awak perlu mengambil kita pada ketahanan motornya..

Aras kelajuan - Lihat pada aras kelajuan pam yang mempunyai beberapa pilihan antaranya mod perlahan, sederhana dan laju. Awak boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara.

Cara mengepam - Jika awak tak cukup masa kerana kekangan kerja atau sebagainya, jadi awak kena memilih pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama. Kita dapat pam susu dengan banyak pada masa yang singkat..

Semoga ianya bermanfaat kepada si ibu yang bakal melahirkan...


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. Tq sharing ni boleh guna nanti

    ReplyDelete
  2. insyallah boleh guna ilmu ni nnti bila dah ada bby, amin =D
    sambil tu boleh juga Ju share dgn kawan2 bakal ibu =D

    ReplyDelete
  3. bagi mrs pip, memang pilih yang elekrik pam, then tengok harga affordable dgn bajet ke tak, lepas tu kalau ada xtra duit, better beli double pump berbanding single pump coz memudahkan pumping laju dan jimat masa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu guna manual pump. Die punye letih nk pump tu smpai da xnak pump. Pastu bengkak. Sakit ya amat. Lepasni ada rezeki second baby nk pakai electrical pump.

      Delete
    2. Setuju sgt .. Manual pump mmg letih..

      Delete
  4. Syaza tak guna pump. Direct teruih haha. 😄

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators