Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Ana Jingga

12:00 AM


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, selesai task mingguan saya kali ini.. So kali nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat saya kali nie..


Blog Anajingga.. Kak Ana Jingga atau nama sebenar Ana Halim adalah merupakan seorang surirumah, beliau berasal daripada Teluk Intan dan kini menetap di Rawang.. Kak Ana telah menjadi blogger sejak tahun 2012 dan mempunyai ramai followers yang selalu mengikuti blog Kak Ana...

Saya kenal dengan kak Ana Jingga dalam ruangan segmen / giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain dan kak Ana jugak selalu beri nota semangat untuk saya teruskan dalam dunia blogging.. Saya amat suka baca blog kak Ana kerana perkongsian yang memang menarik perhatian saya dan blog kak Ana merupakan salah satu tempat persinggahan saya walaupun hanya menjadi silent reader saja.. Kalau awak nak tahu, kak Ana pernah di interview oleh wartawan Harian Metro satu ketika dulu.. Cerita pasal apa..? Nanti saya share link pada awak..Blog Kak Ana telah mencapai 2 juta kunjungan dalam statistiknya, ini kerana terlalu banyak perkara yang menarik yang dikongsikan oleh Kak Ana, ada cerita mengenai resipi, review tempat, review barangan dan macam-macam lagi cerita yang menarik..




Kepada Kak Ana, terima kasih diucapkan kerana Kak Ana masih lagi sudi menjadi rakan blog akak walaupun saya menjadi silent reader saja.. Terima kasih kerana Kak Ana selalu memberi nota semangat kepada saya selama ini, dan semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya.. Saya doakan agar akak sekeluarga dirahmati dan dilindungi oleh Allah dan semoga akak terus sukses dalam dunia blogging ini.. Semoga apa yang akak kongsikan pada kami semua akan menjadi inspirasi terutama pada blogger yang baru nak terjun dalam dunia blogging.. 


Jom kita singgah dan jengah ke blog Anajingga dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna



You Might Also Like

6 lovely notes

  1. Sllu jgk jd silent reader kt blog AJ.

    ReplyDelete
  2. dah follow kak ana :D waaaah blog akak pakai baju baru lah! hehehe

    ReplyDelete
  3. Kenal Ana di IG, ok nanti nak terjah blog dia...

    ReplyDelete
  4. Cantik nya baju blog kak shikin..Lama dah follow blog kak ana.

    ReplyDelete
  5. selalu jugak menyinggah ke blog Kak Ana, banyak tips dapat dekat sana. Dah la ramah orangnya :D

    ReplyDelete
  6. Masyaallah Shikin.. terima kasih atas coretan indah ini.. Semoga setiap perkongsian kita yang baik-baik dan memberi manfaat sesama insan.. Alhamdulillah , atas jalinan ukhuwah dan ikatan silaturrahim di alam maya..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators