Showing posts with label Nota Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Nota Motivasi. Show all posts
Assalamualaikum wbt..
Awak sibuk tak..? Nak tau diri kita nie sibuk ke tak..? Jom kita selidik tanda-tandanya...
➊ Kalendar penuh dengan warna-warni
Kita menggunakan warna yang berbeza untuk menandakan kalendar dan tanpa kita sedar kalendar yang miliki ini penuh dengan warna-warni penanda hal yang perlu kita laksanakan. Memang penggunaan warna menyenangkan kita yang memiliki banyak kegiatan tapi jika terlalu sibuk akan membuat kita menjadi mudah stres dan sukar untuk memberi tumpuan.
➊ Mudah mengantuk
Akibat terlalu banyak kegiatan, akan membuatkan diri kita menjadi letih dan lesu. Ini akan menyebabkan kita mudah mengantuk dan sukar untuk memberi tumpuan. Kita hanya akan tidur apabila tidak melakukan sebarang aktiviti. Jadi, cubalah untuk mengatur kesibukan dan waktu rehat awak..
➊ Lupa untuk melakukan aktiviti yang disukai
Disebabkan terlalu sibuk, kita akan lupa untuk buat aktiviti yang disukai. Sibuk dengan kerja membuatkan kita menjadi lupa diri jadi kita perlu ada masa luang untuk diri sendiri. Akhirnya kita akan menjadi letih dan lesu, cubalah berhenti seketika dan tarik nafas.
Haa... Adakah awak suma sibuk..? Apa yang boleh dilakukan untuk hilangkan stres, rasa letih yang amat dan lesu ini.. Jom kita ikut panduan ini..
Nikmati udara dan pemandangan pantai
Kalau ada masa, pergilah ke pantai yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Jika terlalu jauh, boleh ambik cuti yang pendek untuk berehat. Aktiviti bermain-main air di pantai sebenarnya boleh membantu merehatkan fikiran kita. Mendengar desiran ombak yang kuat mampu untuk mengusir tekanan dalam diri. Melihat besarnya lautan jugak akan mengecilkan perasaan letih yang ada dalam diri. Udara pantai yang segar dan pemandangan yang begitu indah sudah tentu akan menenangkan hati dan fikiran kita.
Santai pagi dengan berjalan kaki
Berjalan kaki itu menyihatkan tubuh. Selain itu berjalan kaki di pagi hari boleh membuatkan kita dapat merasakan kehangatan cahaya matahari pagi. Udara pagi yang sejuk amat bagus untuk menambah oksigen dalam tubuh dan membuatkan diri kita menjadi lebih bersemangat pada waktu pagi.
Berbasikal
Berbasikal secara santai jugak boleh jadi pengganti jika awak taknak berjalan kaki. Dengan berbasikal, ianya akan membantu aliran darah dengan lancar, oksigen juga boleh disalurkan dengan lebih baik di dalam tubuh. Apabila mood menjadi baik, dah tentu tekanan akan hilang seketika.
Mendaki
Letih dan tertekan dengan rutin seharian..? Apa kata awak buat pilihan untuk mendaki ataupun hiking. Mendaki memerlukan tumpuan yang tinggi. Setiap kali kaki melangkah dan mendaki bukit, pasti akan hilang perasaan tertekan dalam diri awak. Sebaliknya otak hanya akan berfikir di mana langkah seterusnya. Sambil-sambil mendaki, awak boleh hirup udara yang segar dan bila dah sampai di puncak, mesti hati kita akan rasa gembira kerana dapat menikmati pemandangan yang indah..
Jadi, kurangkanlah waktu sibuk kita dan lakukan aktiviti yang kita sukai agar kehidupan kita takkan ada perasaan tertekan...
Nota kali ini agak panjang untuk dibaca dan diharapkan agar awak bersabar untuk membacanya.. Awak penah dengar tak kata-kata ini..?
"In the process of letting go, you will lose many things from the past, but you will find yourself"- Deepak Chopra
Ataupun...
"The only thing a person can ever really do is keep moving forward. Take that big leap forward without hesitation, without once looking back. Simply forget the past and forge toward the future." - Alyson Noel
Bagi seorang manusia, kita memang tak dapat lari daripada masalah dan jika kita tak tangani dengan bijak, maka terjadilah satu penyakit kemurungan yang kini semakin berleluasa dalam masyarakat kita mahupun dunia.. Dah berapa banyak kes-kes yang melibatkan kemurungan hingga ada di antaranya mengambil keputusan yang singkat untuk menamatkan riwayat hidup, dengan harapan dia takkan hadapi masalah itu lagi.. Awak tau, pertubuhan World Health Organization (WHO) dan American Psychiatric Association (APA) telah buat kriteria ataupun ciri-ciri kemurungan, antaranya :
🔗Perasaan murung ataupun sering marah-marah hampir sepanjang hari ataupun hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Ianya jugak termasuk perasaan seperti rendah diri ataupun selalu menangis.
🔗Tak bersemangat ataupun tak berminat untuk melakukan aktiviti sosial.
🔗Berat badan menyusut ataupun kurang selera makan.
🔗 Corak tidur yang berubah, samada seseorang tue boleh menjadi kurang tidur (insomnia) ataupun terlebih tidur (hypersomnia)
🔗Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, samada seseorang menjadi terlebih aktif ataupun menjadi kurang aktif.
🔗Badan selalu letih dan kurang bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
🔗Mempunyai perasaan bersalah yang tak setimpal dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya ataupun merasakan diri tak berguna.
🔗Tak mampu nak berikan konsentrasi atau berfikir secara rasional dan selalunya seseorang itu berasa amat susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan seharian.
🔗 Kerap berfikir tentang keinginan untuk menamatkan riwayat hidup.
**Sumber daripada The Malaysian Medical Gazette
Daripada 9 kriteria yang diberikan, markah untuk diri saya adalah 6/9, dan saya beranggapan saya mengalami kemurungan dan ianya kemurungan ini masih berlaku pada diri saya.. Ianya bermula pada umur saya 11 tahun, di mana disitulah bermulanya kemurungan dalam hidup saya.. Kata orang, jika kita berasal daripada keluarga yang berpecah belah, besar kemungkinan kita takkan membesar dalam suasana kasih sayang dan itulah yang terjadi pada saya.. Bukanlah niat saya untuk buka pekung di dada tapi hanyalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada orang yang penah mengalami penyakit kemurungan, yang mungkin sama seperti saya..
Ummie dan abah saya berpisah sejak saya berusia 13 tahun tapi kisah berantakan mereka bermula sejak umur saya 11 tahun.. Dua mata inilah yang menjadi saksi perbalahan antara ummie dan abah dan diri inilah yang menjadi pelindung kepada adik beradik agar mereka tak melihat apa yang berlaku antara mereka.. Apabila mereka berpisah, saya ingatkan yang perbalahan antara mereka akan berakhir, tapi sebenarnya ianya menjadi teruk.. Ummie saya yang tak dapat menerima berita perpisahan itu, menjadikan sikapnya bengis pada anak-anak dan selalunya saya yang akan menjadi mangsa kemarahan ummie.. Ini kerana wajah saya mempunyai iras dengan wajah abah saya dan sejak itulah ummie saya melepaskan kemarahan, Alhamdulillah kini hubungan kami berdua telah berbaik setelah saya bersabar dengan karenah ummie saya.. Waktu remaja saya tak seindah seperti orang lain, sebab bila habis waktu sekolah, saya perlu menjaga adik beradik yang lain, yang paling bongsu pada masa itu hanyalah berumur 4 tahun.. Masa tue, ummie tak mampu untuk meletakkan kami di rumah pengasuh, dan kami berlima hanya duduk di rumah saja, tanpa ada pengawasan orang dewasa. Makanan kami, telah disediakan oleh ummie setiap hari samada nasi berlauk ataupun nasi goreng berintikan telur.. Jika angin ummie saya tak elok, maka kemarahan akan terhambur pada kami lima beradik, walaupun perkara yang remeh saja yang timbul.. Masa tue saya tak faham lagi apa sebenarnya yang terjadi, beranggapan yang ummie tak sukakan saya jika dibandingkan dengan adik-adik yang lain, dan masa itulah perasaan murung saya datang dalam kehidupan saya.. Boleh dikatakan setiap hari saya akan menangis mengenangkan semua yang terjadi, sebab kemarahan ummie selalunya disusuli dengan penggunaan barangan seperti tali pinggang, hanger baju, payung dan semua barangan ini penah singgah pada tubuh saya..Malah saya penah terjatuh daripada tangga tingkat 2 dek demam dan tak larat nak berjalan, masa tue, saya mintak adik kedua untuk mengambil ubat demam tapi secara kebetulan ummie mendengar perbualan kami dan menegah dengan tegas, sambil mengatakan yang adik bukannya kuli untuk diperintah ambil sesuatu barang.. Jika nak sesuatu, ambik sendiri tanpa bantuan sesiapa.., Dengan sikap ummie yang begitu bengis telah mengubah perlakuan saya, iaitu hanya keluar dari bilik ketika semua orang dah tido, masa tuelah saya akan melakukan kerja-kerja rumah seperti basuh pinggan, dan kemas dapur dan masa itu jugaklah saya akan mengisi perut yang kosong.. Saya jarang makan petang kerana adik-adik masa tue tengah membesar sebagai kanak-kanak dan mereka akan makan sebagaimana perlakuan seorang kanak-kanak.. Jika makanan tue hampir habis, terutama nasik, saya akan masak semula dengan menggunakan periuk elektrik kerana tau ummie akan makan di rumah.. Jika masih ada kuah tapi dah kehabisan lauk, saya akan menggoreng ikan ataupun buat telur dadar untuk santapan ummie dan adik-adik.. Bila saya dah pastikan mereka kekenyangan barulah saya akan menjamah makanan dan biasanya memang pada waktu tengah malam lah saya akan menjamah makanan...
Di usia 14 tahun, saya penah terfikir untuk melarikan diri, malah dah siap bungkus pakaian dalam beg tapi fikiran saya menghalang dengan ayat ' sapa yang nak jaga adik-adik nanti jika aku larikan diri..?' dan niat untuk bunuh diri pun penah terjadi pada saya di usia 14 tahun, hampir-hampir pergelangan tangan ini nak ditoreh dengan pisau daging, TAPI sekali lagi fikiran saya menghalang dengan ayat, 'kalu aku bunuh diri, sapa yang nak tengok adik-adik aku..?'
Sejak daripada itu, jika saya nak melakukan sesuatu yang di luar dugaan, pasti fikiran saya akan menghalang segala niat saya tue.. Tapi kemarahan ummie saya tak berkurangan malah jika ada yang tak kena pada matanya, pasti saya akan dimarahi dengan teruk.. Setiap malam saya akan menangis dalam diam dan selalu bertanya pada diri, besar sangat ke kesalahan saya pada hari tue sehingga ummie marahkan saya begitu teruk sekali..? Setiap malam jugak saya berdoa pada Allah agar redakan kemarahan ummie saya, setiap hari saya berdoa agar saya dapat jauhkan diri daripada ummie untuk meredakan kemarahannya...Masa tue saya takde sesiapa untuk diluahkan perasaan sedih saya hingga menyebabkan saya membuat imaginasi dengan mewujudkan 'kawan' dalam dunia saya sendiri.. Di dalam bilik tidur, saya membayangkan yang saya dikelilingi oleh artis-artis yang terkenal dan saya menjadi tumpuan utama.. Saya bercakap seolah-olah saya bercakap dengan mereka, dan penah menjadikan tiang bilik empat penjuru sebagai keluarga angkat saya.. Jika saya menangis kesedihan, saya akan bercakap dengan 'kawan imaginasi' saya dan dalam masa yang sama 'kawan imaginasi' saya sering memberikan kata-kata semangat untuk saya teruskan kehidupan.. Penah sekali saya cakap dengan 'kawan' tue saya nak bunuh diri tapi 'kawan' tue menghalang dengan ayat 'Allah tak suka dengan orang yang bunuh diri dan pasti nerakalah tempatnya..' Bertahun-tahun lamanya saya berimaginasi dengan 'kawan' yang bagi orang lain beranggapan 'gila' tapi itulah yang menguatkan saya untuk meneruskan kehidupan.. Bertahun-tahun jugak saya berdoa pada Allah di dalam tangisan agar memberikan saya cahaya kebahagiaan dalam kehidupan walaupun sekejap dan seketika..
Akhirnya pada tahun 2002, Allah makbulkan doa saya dengan rezeki mencari rezeki di rantau orang.. Bila saya dah merantau, saya ingatkan ianya dapat meredakan kemarahan ummie, tapi ternyata sekali lagi Allah menguji saya.. Saya selalu mendengar cerita daripada kawan-kawan sepejabat, yang jika mereka balik kampung, mak-mak akan menyediakan makanan yang sedap-sedap untuk mereka, tapi bukan untuk diri ini.. Bila saya balik ke rumah, saya tak mendapat layanan yang baik pada ummie saya, tambahan pulak secara kebetulan abah mengurangkan kadar nafkah bulanan untuk adik beradik.. Dengan gaji saya yang pada masa tue hanya RM900 sebulan, saya akan pastikan saya akan membeli barangan dapur untuk kegunaan mereka.. Disebabkan saya dibesarkan dengan cara sederhana, saya tak bermewah untuk diri, apatah lagi bila kita duduk di KL.. Malah saya hanya dapat nikmati makanan mewah sekali saja dalam sebulan dan sementara nak tunggu gaji bulan berikutnya saya akan mengikat perut, yang kadangkala saya hanya makan sos tomato yang dalam peket yang saya dapat lebihan daripada makanan segera.. Mungkin disebabkan susah untuk menjaga adik-adik, ummie mula tak berasa senang hati dan sering turun naik ke KL untuk mempercepatkan proses pemindahan saya balik ke Terengganu, malah dia jugak selalu berjumpa dengan pengarah saya untuk membuat rayuan berpindah padahal hati saya tak berapa setuju dengan cadangan ummie.. Allah makbulkan doa ummie, pada tahun 2004 saya berpindah balik ke Terengganu dan sekali lagi Allah menguji kesabaran saya dengan karenah ummie..
Sebagaimana seperti perasaan orang muda, sudah pasti saya mempunyai perasaan ingin dicintai dan mencintai seseorang tapi ummie seperti menghalang saya untuk mencintai seseorang.. Yealah, masa tue, darah orang muda nie berlainan sikit, saya bercinta dengan seorang pemuda daripada Pasir Gudang, tapi kami terpaksa berpisah dek halangan ummie.. Saya ingatkan yang bila saya dah balik ke kampung, ummie akan berubah sikap dengan layanan terhadap saya, tapi rupa-rupanya makin teruk.. Sejak saya balik ke kampung, abah mula melengah-lengahkan untuk memberi nafkah bulanan adik beradik dengan alasan saya boleh bantu ummie dalam urusan rumahtangga, dan perlakuan abah telah menyebabkan kemarahan ummie akan meledak seperti gunung berapi bila setiap kali gaji tiba.. Jika ummie menerima nafkah bulanan kurang daripada sepatutnya yang dia dapat, ummie pasti akan mencari saya dan meletakkan kesalahan itu pada diri saya, seolah-olah saya nie abah dan bukan hanya hamburan kata-kata nista yang saya dapat, malah saya penah diketuk pada kepala dengan menggunakan remote control dan menyebabkan saya pengsan.. Saya hanya sedar semula setelah ummie saya mengetuk dengan kuat sekali dan itulah kali terakhir saya melawan cakap ummie dengan bertikam lidah sambil menangis.. Perasaan saya pada masa tue hanya Allah saja yang tau, dengan perasaan yang bercampur baur.. Masa itulah saya berdoa pada Allah sebab saya penah dengar ceramah agama yang doa orang yang teraniaya cepat dimakbulkan, merasakan saya teraniaya dengan sikap ummie, saya berdoa agar saya dapat berjumpa dengan orang yang dapat jauhkan saya daripada ummie..
Allah perkenankan doa saya dengan pertemuan saya dengan bekas suami saya yang pertama.. Pada mulanya saya ingatkan yang bekas suami akan memberikan kebahagiaan dalam kehidupan saya.. Perkenalan kami tak lama, kami berjumpa di dalam laman sosial, masa tue facebook masih belum popular lagi, kami berjumpa dalam laman cari.com. Kami berkawan selama 3 bulan dan kami membuat keputusan untuk bertunang.. Masa kali pertama berjumpa dengan bekas suami, saya membawak sorang kawan baik saya untuk membuat penilaian dan soal siasat, dan ternyata yang dia benar-benar ingin memperisterikan saya.. Masa tue saya happy sangat sebab dalam fikiran, saya dah berjumpa dengan orang yang akan membahagiakan saya.. Saya bagitau ummie dan abah tentang niat saya untuk berkawin, pada mulanya mereka menghalang dengan alasan mereka takde duit untuk membuat kenduri, saya berkata yang saya akan membuat pinjaman untuk melangsungkan perkawinan tanpa menggunakan wang mereka dan akhirnya mereka berdua setuju.. Tapi sejak pada hari saya diijabkabul, hubungan saya dengan abah menjadi dingin sedingin-dinginnya dan enggan bercakap dengan saya..
Akhirnya pada bulan Ogos tahun 2007 kami melangsungkan perkahwinan tapi lagi sekali Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan sifat sabar saya.. Di tahun yang sama, saya mula mengenali sifat sebenar bekas suami, bayangkan tahun pertama berpuasa sama-sama sebagai suami isteri dan pada malam terakhir puasa, dengan perasaan keletihan berpuasa dan masak untuk suami, makanan yang dimasak dibuang dalam tong sampah atas alasan takde siapa nak makan kerana nak balik kampung untuk beraya, sedangkan ianya boleh disimpan dalam peti ais dan boleh dimakan sebaik saja balik daripada kampung dan makanan yang saya masak bukannya terlalu banyak, cukup-cukup untuk dua orang makan.. Masa tue saya menangis sendirian dan mula merajuk kerana terasa hati dek perubahan sikap bekas suami tapi biasalah baru berkawin, dia pandai memujuk.. Kami hanya menikmati kebahagiaan rumahtangga hanya dua tahun saja, lalu menjadi renggang kerana saya masih belum pregnant dan kisah kami diperkatakan oleh seluruh kampung bekas suami.. Bila masuk tahun ketiga, bekas suami mula menunjukkan sikap hampir sama dengan ummie dan hanya perlukan saya bila nak 'bersama'.. Jika tak, diri ini hanyalah diibaratkan tunggul kayu di dalam rumah, tanya berpatah-patah, tapi dijawabnya hanya sepatah.. Bila tiba masa untuk 'bersama' sikap romantik yang terang-terangan nampak kepura-puraan akan menjelma..
Oleh kerana saya masih memikirkan perasaan bekas suami pada masa tue, saya usahakan jugak untuk pregnant, hingga membuat rawatan IUI di hospital Kuala Terengganu dan mengesahkan yang saya mempunyai keadaan rahim terbalik dan terkebelakang, serta waktu kesuburan saya pula bermula pada hari kedua period iaitu keadaan yang luar biasa untuk seorang wanita normal.. Pada mulanya rawatan IUI hampir berjaya tapi saya keguguran dek tertekan dengan sikap bekas suami.. Masa tue, kami dah berpindah ke Salak Tinggi, dan masa tue, saya bekerja di Putrajaya, manakala bekas suami bekerja di KLIA.. Semasa rawatan IUI dibuat, doktor yang merawat saya pada masa tue, bercakap secara depan-depan dengan bekas suami, yang saya tak boleh memandu kereta sepanjang tempoh rawatan IUI sehingga kandungan mencecah 3 bulan ke atas... Pada minggu pertama dan kedua semasa proses IUI berlaku, bekas suami menyambut baik dengan cadangan doktor tue, tapi bila masuk minggu ketiga, mungkin kepenatan kerana perlu berpatah balik ke KLIA setelah menghantar saya ke Putrajaya, bekas suami mula merungut hampir setiap hari dan rungutan itulah yang menyebabkan saya keguguran di usia kandungan sebulan.. Sejak pada itu, bekas suami seolah-olah menyalahkan saya dengan keguguran kandungan dan hampir setiap hari saya menangis dek perlakuannya.. Bila dia balik ke rumah, kami seperti orang asing, tak bercakap seperti kebiasaannya suami isteri berborak, kecuali bila tiba 'waktunya'.. Hampir enam tahun saya cuba untuk memperbaiki hubungan kami, tapi dalam masa yang sama Allah menganugerahkan saya satu perasaan yang kuat mengatakan bekas suami memang tak bahagia dengan saya.. Masih memikirkan perasaan orang lain, saya mintak dilepaskan agar bekas suami dapat mencari kebahagiaan yang dia mahukan..Masa tue saya tak fikirkan perasaan saya, yang bermain di fikiran saya hanyalah 'suamiku dah tak bahagia denganku, alangkah berdosanya aku membiarkan dia tak bahagia'.. Jadi pada bulan November 2013 gugurlah talak satu ke atas saya..
Alhamdulillah, kini saya menemui kebahagiaan saya sendiri walaupun peristiwa yang penah berlaku sejak kecil sehingga perkawinan pertama saya selalu datang menjelma dalam fikiran.. Kehadiran suami saya kini melengkapkan kehidupan saya walaupun bayangan lama masih menghantui diri ini.. Saya jugak bersyukur kerana doa saya dimakbulkan oleh Allah dengan pulihnya hubungan saya dengan ummie dan abah.. Hingga kini saya masih lagi merawat diri saya dengan sentiasa mem'pasak'kan dalam fikiran, "Allah tetap ada dengan aku walau orang lain taknak bersama denganku.. Sedangkan Kekasih Allah, Rasulullah SAW penah dihina dengan teruk sekali dengan masyarakat ketika itu tapi baginda masih bersabar, takkan aku yang penuh dosa nie tak dapat nak sabar dengan dugaan yang kecik nie.." Walaupun begitu, saya masih tak dapat nak membuang segala perkara yang pahit kerana itulah airmata saya takkan berhenti mengalir selagi peristiwa tue kadangkala menjelma dan setiap kali peristiwa tue muncul, saya pasti akan menangis selama berjam-jam lamanya kemudian bermuhasabah diri sendiri, dan esok saya akan bangkit semula dengan semangat yang baru.. Kini saya masih dalam situasi Try To Convince (TTC) tapi ada kalanya fikiran dan perasaan saya masih lagi memikirkan perasaan orang lain, terasa ingin meminta perpisahan daripada suami kerana mungkin dia mahukan cahayamata melebihi segalanya.. Tapi saya takkan membiarkan perasaan negatif tue berleluasa dalam minda.. Saya akan terus mem'pasak'kan fikiran saya yang ujian saya nie begitu kecil sekali jika dibandingkan oleh para Nabi dan Rasul dan itulah yang menguatkan saya sekarang nie untuk teruskan kehidupan kerana ianya masih panjang lagi perjalanannya..
Jadi, pada awak yang mengalami kemurungan, awak perlu percaya satu jea, Allah tau awak kuat sebab tue Dia pilih awak untuk berdepan masalah itu kerana apa yang berlaku pada awak sekarang menjadi benteng kekuatan awak di masa depan di mana cabaran akan menjadi lebih berat dan besar untuk kita tangani.. Selain itu, di sinilah terletaknya keimanan kita dan kepercayaan kita pada Allah, sebagaimana kita nak orang bersangka baik pada kita, macam tuelah Allah nak kita bersangka baik padaNya.. kalau kita nak orang lain rindukan kita, camtulah Allah rasa, Dia rindukan suara kita untuk memohon perlindungan dan memohon bantuanNya.. Jadi sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan dan semoga awak suma sembuh daripada penyakit kemurungan ini.. Semoga kisah saya ini menjadi aspirasi untuk sesiapa yang mengalami kemurungan..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#iamasurvivorofdepression
Jadi, pada awak yang mengalami kemurungan, awak perlu percaya satu jea, Allah tau awak kuat sebab tue Dia pilih awak untuk berdepan masalah itu kerana apa yang berlaku pada awak sekarang menjadi benteng kekuatan awak di masa depan di mana cabaran akan menjadi lebih berat dan besar untuk kita tangani.. Selain itu, di sinilah terletaknya keimanan kita dan kepercayaan kita pada Allah, sebagaimana kita nak orang bersangka baik pada kita, macam tuelah Allah nak kita bersangka baik padaNya.. kalau kita nak orang lain rindukan kita, camtulah Allah rasa, Dia rindukan suara kita untuk memohon perlindungan dan memohon bantuanNya.. Jadi sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan dan semoga awak suma sembuh daripada penyakit kemurungan ini.. Semoga kisah saya ini menjadi aspirasi untuk sesiapa yang mengalami kemurungan..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#iamasurvivorofdepression

*A* llah
*B* eri kita hidup
*C* uma seketika
*D* i dunia ini...
*E* sok kita muhasabah
*F* ikir akan akhir hayat
*G* erbang akhirat pun
*H* ampir tiba
*I* nilah hakikat hidup
*J* anji Allah itu pasti
*K* alimat syahadat
*L* ailaha Illallah
*M* uhammaddur Rasulullah
*N* ikmat dunia hanya sementara
*O* rang muda atau tua
*P* asti merasakan mati
*Q* ualitas Iman jaminannya syurga
*R* asulullah s.a.w bersabda :
*S* iapa dapat mengucap syahadah jaminannya adalah syurga
*T* api..jika gagal...
*U* ntuk mereka adalah neraka
*V* isi kita adalah akhirat
*W* alaupun dunia didepan kita
*Y* ang pasti semua akan ditinggal...
*Z* alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal...
Sharing is caring...

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma..! Saya nak kongsi cerita sikit pada awak, semoga ianya menjadi teladan pada kita suma di bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Ianya kisah seekor siput...

Ada seekor siput 🐌 yang selalu memandang sinis terhadap seekor katak 🐸 .. Suatu hari katak 🐸 yang sudah hilang kesabaran akhirnya bertanya kepada siput 🐌.. "Wahai siput 🐌, apakah saya telah melakukan kesalahan sehingga awak begitu membenci saya?"
Siput 🐌 menjawab, " Kalian kaum katak 🐸 mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari, tetapi saya pula terpaksa membawa cengkerang 🐚 yang berat ini, terpaksa merangkak di atas tanah, jadi saya berasa amat sedih dan cemburu melihat awak. "
Lalu si katak 🐸 menjawab, " Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, awak hanya melihat kegembiraan saya saja, tetapi awak tak dapat melihat penderitaan kami semua."
Dan seketika itu, ada seekor ular 🐍 besar sedang menuju ke arah mereka, siput 🐌 dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang 🐚 sedangkan katak 🐸 menjadi mangsa si ular 🐍.. Siput 🐌 berasa terharu dan akhirnya baru sedar... Ternyata cengkerang 🐚 yang dimilikinya BUKAN merupakan satu bebanan.. tetapi ianya adalah kelebihannya...
Jadi, nikmatilah kehidupanmu💖.. Tak perlu kita bandingkan kehidupan kita dengan orang lain... Sifat iri hati kita terhadap orang lain sebenarnya akan membawa lebih banyak penderitaan..
Rezeki bukan selamanya berupa emas atau permata 💎, atau wang 💰 yang banyak, bukan pula saat kita di dalam rumah yang mewah 🏡 dan pergi ke mana-mana dengan berkereta 🚗...
Rezeki juga adalah berupa sebuah jiwa 💖 dan hati 💖 yang tenang.. Hati akan menjadi tenang bila kita selalu menghargai dan mensyukuri apa yang ada.. Hidup ini janganlah kita selalu merungut ataupun selalu mengeluarkan perkataan 'susah'... Kerana yang 'susah' itu mungkin ada hikmah di sebaliknya yang hanya Allah saja yang tahu..
Subscribe to:
Posts (Atom)













Social Icons