Tuesday, April 10, 2018

Tip gaya buat si lengan besar

Related image

Assalamualaikum wbt..
Mempunyai lengan yang besar selalunya yang membataskan kita untuk berfesyen dan ini membuatkan kita berasa kurang berkeyakinan untuk menggayakan sesuatu pakaian kegemaran kita, betul tak..? Macam saya jugak la yang bersaiz XXXL nie, memang susah nak menggayakan sesuatu pakaian, disebabkan lengan yang bersaiz besar..

So, kali nie saya nak berkongsi tips camne nak bergaya walaupun mempunyai lengan yang besar.. Jom..

Panjang lengan - Elakkan daripada pakai pakaian yang mempunyai lengan tangan yang tergantung dan terlalu pendek. Ini kerana ianya akan membuatkan tangan kita kelihatan lebih besar. Lengan tiga perempat adalah ukuran panjang yang paling sesuai untuk kita. Pilih potongan lengan baju yang longgar dan tak ketat.

Warna gelap - Pemilihan warna juga amat penting bagi memastikan lengan yang besar mampu disembunyikan. Pilih pakaian berdasarkan warna-warna gelap seperti hitam, biru gelap dan sebagainya. Selain itu, outerwear seperti jaket dan kimono juga boleh dijadikan pelengkap gaya awak.

Perincian di tangan - Elakkan dari pakai baju dengan lengan puffy, shoulder pad dan perincian pada lengan. Ianya harus dielakkan kerana baju dengan perincian pada lengan akan memusatkan perhatian di bahagian tersebut. Jika taknak tampil dengan polos, pakai saja outfit bermotif garis vertikal.

Sleeveless - Jika nak pakai baju tanpa lengan ataupun sleeveless, pastikan potongannya tak terlalu ketat di sekitar ketiak. Elakkan daripada pakai yang bertali nipis, turtleneck dan baju yang berleher terlalu tertutup.

Aksesori - Gunakan gelang atau jam untuk mengalihkan perhatian daripada daerah atas lengan.Pilih aksesori yang ukurannya tak besar. Ini kerana aksesori yang besar boleh 'memotong' ruas tangan sehingga tangan kelihatan lebih pendek.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita.. 


9 comments:

  1. menarik! kita perlu menjaga personaliti kita dari segi pemakaian. benda nampak remeh, tapi sebenarnya membantu kita untuk tampak menarik dan lebih yakin. thanks kak shikin

    ReplyDelete
  2. setuju part aksesori tu tarik perhatian, memang dah tak pakai sejak dah naik ni

    ReplyDelete
  3. Tips yang ohsem.. Sha memang pakai akseseori minimum je..

    ReplyDelete
  4. Tips boleh kat cik ash ni sama la.lengan besar gak

    ReplyDelete
  5. salam...
    wah tips bgus ni..huhu tq share

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing sis :) Bagus tipsnya hee. Entry yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. Bagus tips camni ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers