Subhanallah, cantiknya pemandangan Panjin Red Beach

4:49 PM

Image result for panjin red beach

Assalamualaikum wbt..
Selalunya pantai yang kita lihat dan biasa tengok adalah diliputi dengan hamparan pasir yang berwarna putih ataupun hitam, dengan air laut yang menghempas ke darat dan menerpa pasir lembut di persisiran.

Tapi ada satu tempat nie amat berbeza sekali dengan pantai yang sedia ada.. Terletak di Delta River Liaohe, dalam 30 kilometer ke barat daya Panjin, China nie, Pantai Merah Panjin tercipta tanpa pasir di pesisir, sebaliknya hanya rumpai laut yang meliputi keseluruhan Delta River Liaohe. Pantai nie diberi nama sedemikian bersempena sejenis rumpai laut yang subur di tanah masin-alkali. Kat pantai nie, para pelancong dapat menikmati beting berwarna merah yang luas seumpama permaidani merah terhampar menghiasi pantai tanpa batas. Fenomena ini disebabkan oleh jenis rumpai laut Sueda Glauca yang tumbuh atau berkembang pada April hingga Mei setiap tahun. Rumpai nie adalah satu-satunya rumput yang dapat hidup dalam tanah bergaram dan beralkali. Apa yang menariknya pasal rumput ini adalah ianya akan berubah menjadi hijau pada musim panas manakala bila tiba musim luruh ianya akan bertukar warna jingga. Menjelang akhir musim, rumput tebal yang tumbuh di sepanjang pantai akan berubah menjadi warna merah sepenuhnya..

Image result for panjin red beach

Related image

Image result for panjin red beach

Image result for panjin red beach

Awak tau, kalu nak tengok pemandangan pantai yang cantik nie adalah pada pertengahan bulan September sehingga pertengahan bulan Oktober. Masa bulan Oktober nie, rumput yang kemerahan ini akan berubah menjadi warna ungu. Tapi pantai nie hanya dibuka sebahagian kecil saja, manakala taman pula ditutup pada pukul 5 petang. Dekat pantai nie jugak ada terdapat 260 jenis burung migrasi dan 399 jenis haiwan liar. Jadi tak hairanlah pantai nie selalu disebut sebagai sebuah ekosistem yang lengkap. Kat sini para pengunjung boleh tengok 100 jenis burung yang jarang ditemui seperti Crane Crown yang kian terancam spesisnya dan Black Billed Gulls. Selain daripada itu, kat sini kita boleh lihat angsa putih, egret, heron, garganey dan spesis angsa yang berhenti di situ untuk berehat dan memulihkan kekuatan mereka untuk pengembaraan mereka seterusnya ke selatan menjelang musim sejuk..

Image result for bird crane crown panjin red beach
Inilah burung Crane Crown

Related image
Burung Black Billed Gulls

Pihak berkuasa pelancongan China menyenaraikan Pantai Merah Panjin di antara kumpulan pertama negara bagi contoh destinasi untuk pelancongan tanah lembap. Pantai ini adalah tanah paya yang paling baik di dunia dan mempunyai kedudukan penting dalam kajian kepelbagaian bio serta pemeliharaan tanah lembap. Untuk berkunjung ke pantai ini, mereka menyediakan kereta sewa yang berulang dalam tujuh kali dalam sehari, perjalanan bermula daripada Beijing ke Panjin dalam masa 3 jam perjalanan.. 


Related image

Image result for panjin red beach

Image result for panjin red beach


Subhanallah, cantikkan...

You Might Also Like

21 lovely notes

  1. Cantik gilos !
    Subhanallah. Allah ni maha pencipta.
    Bila la bleh smpai sini.

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa. Adore sangat <3

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/my-messy-table.html

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. memang cantik sgt2

    ReplyDelete
  4. ya ALLAH tenang je tengok.. indah betul pemandangan :D

    ReplyDelete
  5. pernah tengok pantai ni dalam movie Tamil, I. Masa tu ingatkan CGI je rupanya memang betul wujud

    ReplyDelete
  6. SubhanaAllah...cantik sgt 1at time tahu ada gini...betapa indahnya bumi Allah yg luas ni.. Tq sharing...

    ReplyDelete
  7. cantiknya ciptaan Allah. Selalu kalau laut, nampak biru je, yg ni lain dari lain.

    ReplyDelete
  8. Mmg cantik..akk tgk live video waktu attend product update dgn agent dr Xhuna..mmg teruja sgtt

    ReplyDelete
  9. subhanallah, cantiknya kak T___T teringinnya nak pi sana tengok sendiri

    ReplyDelete
  10. SubhanaAllah uniknya permandangan ni..

    ReplyDelete
  11. Subhanallah cantiknya permandangan ni

    ReplyDelete
  12. Subhanallah, cantiknya view dia tu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators