Monday, April 09, 2018

Tip agar tauge segar lebih lama

Related image

Assalamualaikum wbt..
Sapa yang kat sini suka makan tauge..? Memang sedap kan tauge nie bila dimasak dengan pelbagai olah rasa masakan, tapi yang tak bestnya adalah tauge menjadi hitam akibat cara penyimpanannya yang salah. Walaupun ianya tak menjadi busuk, tapi warnanya yang kurang menarik membuatkan kita tak bersemangat nak masak guna tauge nie apatah lagi untuk makan tauge yang hitam.. 

Jadi, saya ada beberapa tips camne nak simpan tauge agar menjadi segar dan tahan lama dengan cara yang betul.. 

CARA PERTAMA ; MERENDAM DI DALAM AIR
Cuci bersih tauge dengan air garam untuk membersihkan kotoran kemudian tapiskan dengan alat penapis. 
Simpan tauge dalam bekas berisi air hingga seluruh tauge terendam. Tutup bekas tersebut dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk.
Ganti air rendaman tauge secara berkala iaitu setiap dia hingga tiga kali sehari.

CARA KEDUA ; MENYIMPAN DALAM PLASTIK KEDAP UDARA
Tauge yang dibeli tak payah dicuci dan tapiskan dengan alat penapis.
Ambil sehelai plastik dan letakkan beberapa helai tisu dapur (paper towel) di bahagian dasar plastik atau bekas kedap udara untuk menyerap lembapan yang menjadi penyebab tauge cepat membusuk.
Keluarkan udara sebaik seboleh mungkin daripada dalam plastik lalu ikat ketat plastik tersebut (jika menggunakan plastik).
Simpan tauge dalam peti sejuk di bahagian bawah untuk mencegah chilling injury atau kerosakan akibat suhu dingin. Umumnya peti sejuk di bahagian bawah memiliki suhu sekitar 6⁰ celcius hingga 10⁰ celcius yang sesuai sebagai tempat menyimpan sayur-sayuran.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita..

10 comments:

  1. suka jugak makan tauge, nanti nak try tips ni :D

    ReplyDelete
  2. Baiklah,boleh praktikkan ni....terima kasih perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. tak suka sangat makan tauge ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Tak suka makan tauge.. Tapi tis shikin nie memang ohsem..

    ReplyDelete
  5. Jarang makan tauge. Hee. Tapi bole dijadikan rujukan untuk akan datang. Thanks sis :)

    ReplyDelete
  6. Selalu basuh .. biar kering jp..mssuk dlm plsstik je

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers