Thursday, April 12, 2018

Alhamdulillah, terima kasih pada yang memberi..

https://starlavenderluna.blogspot.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kenyang perut nie kerana pagi tadi ada acara perhimpunan bulanan dan majlis istiadat penganugerahan pingat bomba peringkat ibu pejabat... Dan macam biasalah, hidangan nasi beriyani berlaukkan gulai kambing akan dihidangkan untuk para tetamu.. Kali nie bahagian yang menjadi penganjur adalah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan dan kali ini jugak, kami semua dihidangkan hidangan istimewa.. 

https://starlavenderluna.blogspot.com


Tadaa... Hidangan kambing bakar dan inilah hidangan yang kami semua tunggu.. Kalu awak nak tau, kat opis saya nie, hidangan daging kambing antara menu yang wajib untuk kami, tak kiralah semasa dalam perhimpunan bulanan ke atau apa-apa majlis ke.. Tue yang sayang nak tinggalkan bomba nie, hihihi...

Okey,.. Kita tinggalkan bab makanan tengahari nie.. Nak citer nie.. Awak pernah tengok tak kerepek nie...?

https://starlavenderluna.blogspot.com

Yea.. Kerepek epal.. Kat mana dapat..? Semalam, saya bertemu janji dengan client urut saya, dia berasal daripada Jakarta tapi dah dapat status PR dah.. Selesai mengurut selama hampir 3 jam, saya mendapat cenderahati nie, katanya ole-ole dari Jakarta.. Pada mulanya saya tak berapa dengar dia cakap perkataan kerepek epal, yang saya dengar cuma kerepek aje.. Tapi bila sampai kat rumah, baru perasan nama kerepek nie.. Saya dengan hubby masa tue baru selesai makan burger Malaysia, tapi oleh sebab nak tau camne rupa kerepek epal nie, kami pun bukaklah plastiknya..

https://starlavenderluna.blogspot.com


Jadi inilah rupanya kerepek epal nie.. Rasanya..? Pada mulanya kerepek nie terasa macam kerepek pisang tapi lama kelamaan rasa epal mula merebak ke dalam mulut dan agak sedap rasanya.. Memang first time saya makan makanan ringan yang unik tapi sedap..? Ada yang penah makan ke kerepek nie..?

12 comments:

  1. sedapnya kambing!!!! uish kerepek epal pun ada eh

    ReplyDelete
  2. singgah petang,...
    baru lepas makan kambing bakar ni kak

    ReplyDelete
  3. sedapnya kambing...and first time baru dengar dan tahu pasal kerepek epal..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  4. 1st time husniey dapat tau ada kerepek epal 😂

    ReplyDelete
  5. macam sedap jer krepek apple ni. blogwalking here done follow :)

    ReplyDelete
  6. Kerepek epal?? Firsttime dengar ni.. kat mana nak dapat tu

    ReplyDelete
  7. tak pernah rasa, bru 1st time taw sal kerepek epal ni

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Murah rezeki Shikin..
    Kerepek epal ye.. cam menarik je..

    ReplyDelete
  9. Terliur tengok hehe. First time tgk ada kepek epal hee 😬

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers