Spa monyet

Wednesday, April 18, 2018

Image result for macaques

Assalamualaikum wbt...
Selalunya bila tiba musim hujan atau musim sejuk, kita mesti membuat kira-kira samada nak teruskan aktiviti mandi ataupun hanya memandang saja air kolah, sebab bukan semua orang mempunyai pancuran air panas... Ataupun sesetengah daripada orang, mandi air panas adalah cara yang terbaik untuk meredakan hari yang penuh dengan tekanan..

Awak tau tak dekat Tokyo, Jepun kajian penyelidikan yang terbaru mendapati monyet jugak menggunakan kaedah yang sama untuk mengurangkan stres. Penyelidikan yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Primat di Universiti Kyoto ke atas 12 spesis macaques atau monyet salji betina yang ditempatkan di Taman Monyet Jigokudani Yaen-Koen dekat dengan Nagano pada tahun 2014 mendapati 'spa monyet' dapat memberi manfaat besar pada haiwan tersebut.

Image result for macaques

Kumpulan penyelidik telah mengkaji tingkah laku monyet serta mengumpul sisa najis haiwan itu untuk mengukur tahap glucocorticoid iaitu kepekatan hormon apabila tahap tekanan meningkat. Penyelidik mendapati paras tekanan monyet itu yang berusia di antara 5 sehingga 24 tahun secara purata menjadi lebih kuran 20 peratus lebih rendah selepas monyet ini mandi air panas. Malah, seorang penyelidik yang bernama Rafaela Sayuri Takeshita berkata, dia percaya yang rawatan spa monyet itu dapat meningkatkan kesuburan dan memanjangkan usia haiwan itu.. 

Tengoklah, bukan kita yang tahu mandi air panas, monyet nie pun pandai jugak... Huihh memang macam spa, kan... 

Related image

Related image

Image result for macaques

Tetiba rasa macam nak pegi spa jugak... hihihi


8 comments

  1. uiiittt tgk pic pon dah sejuk...takmo laa..kalau sauna mau..boleh pecahkan lemak2 ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. asal monyet monyet tu nampak seram haha

    ReplyDelete
  3. rajin pula dorg dok kaji tahap stress monyet ni..haha

    ReplyDelete
  4. Wah seronok tgk monyet2 Tu confirm dah x stress dah

    ReplyDelete
  5. wah.. dorang pun mandi air panas ye.. tapi tu untuk monyet je la kan? Teringat pulak cerita naruto.. ada scene monyet betina berendam dalam air panas.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Kikiki.. Comel je monyet2 tu berspa..

    ReplyDelete
  7. hi hi hi...
    baru mlm tadi aida inform asben, nak gi spa.
    in shaa Allah nanti nak call, next week baru gi.
    sebelum ramadhan, nak segar kan diri jap :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧