Monday, August 28, 2017

Setialah walaupun berjauhan

Image result for couples

Assalamualaikum wbt..
Bila dengar aje perkataan 'hubungan jarak jauh' mesti ada di kalangan kita akan mengelakkan perkara ini akan terjadi sebab takde satu pun pasangan khususnya pasangan yang berkawin yang inginkan perhubungan jarak jauh.. 

Ini adalah kerana kita sering mendengar yang perhubungan jarak jauh ini a.k.a. PJJ nie sering dikaitkan dengan pergaduhan dan perpisahan akibat tiada persefahaman ataupun kewujudan orang ketiga... Walaupun kita berjauhan antara satu sama lain, jangan jadikan jarak jauh ini untuk tidak setia pada pasangan dan info ini adalah panduan bukan saja untuk pasangan yang berjauhan tapi ianya juga adalah untuk pasangan yang duduk bersama satu bumbung.. 

Saling mempercayai - Dalam perhubungan, kepercayaan antara kita dengan pasangan amatlah penting. Tambahan lagi sekiranya awak berdua terpaksa berjauhan kerana akan ada ketika dan waktu kita akan diuji apabila berjauhan. Jangan pernah ada wujud perasaan ragu, sebaliknya kekuatan cinta serta kepercayaan memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Sekiranya tiada kepercayaan, sesebuah perhubungan terbina mampu musnah dengan sekelip mata.

Sentiasa berdoa - Selepas solat, selalulah berdoa pada Allah agar hubungan terjalin diredhai ddan kekal bahagia walaupun si dia tidak mendengar doa awak, tapi dia tahu yang awak sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta awak berdua.

Jujur dan setia - Kebanyakan perhubungan yang kecundang disebabkan oleh ketidakjujuran antara satu sama lain apabila berjauhan. Oleh itu, berjauhan bukan satu tiket untuk awak mengakui diri masih bujang.  Kebiasaannya, pasangan berjauhan mudah jatuh cinta terhadap orang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan menunjukkan sikap mengambil berat.

Selalu berkomunikasi - Komunikasi adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah perhubungan. Salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan kita dan pasangan. Di zaman ini, dah ada pelbagai medium komunikasi seperti Whatsapp, webcam dan panggilan video dan luangkanlah masa awak sekurang-kurangnya lima minit untuk menghubungi si dia dan tanyalah khabar sebagai tanda ingatan. Ataupun ucapkanlah salam rindu awak pada si dia untuk menunjukkan yang awak sentiasa mengingati dirinya selalu.

Rancang temujanji - Bila berjauhan, perasaan rindu antara satu sama lain akan berada di dalam hati masing-masing. Jadi, ambillah masa untuk berjumpa dan jadikanlah pertemuan yang singkat ini sebagai satu kenangan terindah antara awak dan pasangan. Namun pada pasangan yang belum berkahwin, jagalah batasan pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa. 

Beri kejutan - Sesekali, selitkan elemen kejutan dalam perhubungan awak bagi mengelak hubungan cinta awak berdua berasa bosan. Berikanlah hadiah atau apa-apa saja kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh penting seperti hari kelahiran pasangan dan ulang tahun perkahwinan.

Semoga dengan info ini akan mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.


6 comments:

  1. betul tu sis...setialah walaupun berjauhan

    ReplyDelete
  2. setuju =) pjj bukan alasan utk tidak setia

    ReplyDelete
  3. Seharusnya setia walaupun berjauhan.. Tapi kebyknnya ada jerk masalah.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Hehehe saya kena get ready la dengan pjj ni sebab bakal tu kerja askar.. huhu.. paling utama kesetiaan & kepercayaan.

    ReplyDelete
  5. Mcm2 dugaan sebenarnya bila berjauhan. Smoga Allah melindungi :D

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers