Review : Homst Recipe Ayer 8, Putrajaya

Tuesday, August 22, 2017

Assalamualaikum wbt..
Patutnya minggu lepas lagi saya dah buat review nie tapi faham-faham ajelah yea, hihihi.. Okey, hari Khamis lepas, my bff ajak untuk keluar makan, katanya dia dah jemu nak makan kat kafe bawah opis kami nie.. 

So, kami bergerak ke Ayer 8 untuk mengisi perut kami.. Bff saya lah yang memperkenalkan restoran nie yang pada pandangan saya memang sedap makanannya di situ.. Tempat yang kami singgah untuk makan nie adalah Homst Recipe iaitu masakan cina Muslim yang terletak di Ayer 8, Putrajaya...


Setelah kami memilih tempat duduk, kami pun memesan makanan yang telah disediakan di kedai ini.. Antara menu yang dihidangkan adalah pelbagai masakan stim, masakan bergoreng, pelbagai masakan laut dan sebagainya... 






Sementara menunggu makanan kami siap, kami sempat bergambar untuk kenangan, chewaahh.. Kali nie ada ahli baru dalam kumpulan kami berdua, dan selamat datang diucapkan pada Kak Shima... hihihi



Awak tau, service mereka untuk hidangkan makanan memang superb... Walla.. Mamma mia.. Mereka agak cekap dalam mengendalikan hidangan makanan, bayangkan dalam masa 15 minit dari masa kita order makanan, zupp...zapp.. makanan serta minuman pun siap disediakan dan dihidangkan pada kami... Dan inilah makanan pesanan yang kami buat...



Kami memesan Fried KueyTeow, Cantonese Fried Yee Mee, Cantonese Fried KueyTeow, air sirap selasih, AsamLimau Juice dan Iced Lemon Tea.. Alhamdulillah, harga pun berpatutan jugak dan memang sedap masakannya..

Sebelum kami pulang ke opis, kami sempat bergambar berlatarbelakangkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.. 


So, pada awak yang nak pergi ke Ayer 8 nie, lokasinya adalah di sini...


Nanti bolehlah awak mencuba makanan yang terdapat di Homst Recipe Restaurant Ayer 8, Putrajaya yang dibuka pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam, setiap hari.. 

9 comments

  1. Ingatkan homst Kedai perabot tadi haha.. To mmg nmpak sedap menu yg korang order tu

    ReplyDelete
  2. Salam, jemput join GA saya :)
    https://asyiqin89.blogspot.my/2017/08/face-mask-giveaway-by-asyiqin89.html

    ReplyDelete
  3. Jauhhnye sy nk g. Tp kalau ade ke sana.boleh la try mkan..😊

    ReplyDelete
  4. Uisss byk betul menu menarik... Seb baik jauh.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam...wow...sedappnya makanan kt situ..lapar lah pulak.. :) <3

    ReplyDelete
  6. HOMST ada cawangan baru di kg baru...dtg la...sebelah plaza RAH, boleh waze plaza RAH jer.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak tau cawangan homst boleh kunjungi website di www.homst.com.my
    Atau website https://darahpejuang.ga

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧