Masih ingat pada entri Chilindo saya..?

6:24 PM


Assalamualaikum wbt..
Ishh..Ishhh.. Lama betul entri nie duduk dalam draft, nak kena keluarkan nie.. hihihi

Anyway, awak masih ingat tak entri saya yang mengenai Chilindo tue..? Hihi kalu pada yang masih belum baca sila klik kat↪ sini ↩ ... Okey, awak suma nak tahu ke apa yang saya dapat melalui Chilindo nie..? Jom...


http://starlavenderluna.blogspot.my
Ingat lagi pada kotak nie..?


Tada... Inilah barang yang saya dapat... 

http://starlavenderluna.blogspot.my


Jom kita selidik satu persatu.. 


http://starlavenderluna.blogspot.my


Okey, barang yang pertama sekali saya bida adalah table mate II nie, hihihi...  Saya memang dah lama nak membeli table mate nie.. Bila tengok kat shopping online, harganya pun boleh tahan mahal jugak.. Tapi bila tengok harga kat Chilindo nie, hati nie memang nak miliki jugak yang bermula pada harga RM1.00... Dan akhirnya saya memenangi bidaan nie dengan harga RM44.50... Yeaazaaaa....

http://starlavenderluna.blogspot.my


Nie barangan bidaan saya yang kedua, sebuah MP3, walaupun saya dah mempunyai sebuah MP4.. Harga asal bidaan nie adalah RM0.01 dan akhirnya saya menang dalam bidaan nie dengan harga RM5.12.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my


Sebenarnya saya ingat nak berhenti membida sebab dah rasa mengantuk, masa tue jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi tapi mata nie terpikat pulak dengan barang bidaan yang nie.. Saya teringat yang cermin mata hitam hubby telah patah, jadi saya ingat nak membeli sepasang untuk hubby.. Lalu saya pun buatlah bidaan nie dan akhirnya cermin mata nie menjadi milik saya dengan harga RM3.99.. Seronok betul hubby bila mendapat cermin mata baru walaupun dengan barang bidaan..

http://starlavenderluna.blogspot.my


Lepas menang cermin mata tue, saya dah nak klik untuk tutup laman web nie tapi mata nie tertacap kemas pada barangan nie.. Aduiihhh harga yang dibida sungguh menggoda dan saya pun mencuba nasib.. Banyak kali mencuba akhirnya nicer dicer nie menjadi milik saya dengan harga bidaan RM20.74 ... 

Okey, inilah barangan yang saya dapat dari Chilindo.com . Sekarang nie adik-adik saya pulak yang terjebak dengan barangan Chilindo.. hihi jangan marah wahai adik-adikku...




You Might Also Like

12 lovely notes

  1. Harga boleh tahan murah ya.. berbaloi sekali hantar banyak barang kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya sis semua brg dapat murah2 barang best2 pulak tu lepas ni boleh la cuba jugak

    ReplyDelete
  3. Wahhh semangat rancak blogger2 membida di chilindo skrg.. hehee

    ReplyDelete
  4. Nicer dicer tu best, saya beli online juga, dah lama dah ...
    Harga tak ingat..tapi sgt membantu kerja di dapur , hehe.

    ReplyDelete
  5. uish bestnya hahaha sha asyik bida je takpernah lagi checkout sebab takut kualiti barang tak okay

    ReplyDelete
  6. Wow, tak pernah lagi mencuba di mana-mana lawan web untuk membida. Takut untuk mencuba, but kalau barang-barang semuanya berkualiti, apa salahnya...

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Table tu nampak kemas.. Sha belum tengok lagi Chillindo nie.. hehehe.. risau terjebak..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators