Khasiat halba

Thursday, August 24, 2017

Image result for halba

Assalamualaikum wbt..
Nak citer pasal khasiat halba nie.. Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba dekat rumah... Apa yang awak tahu mengenai khasiat halba..? 

1. Diminum sebagai teh untuk :-
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul 


2. Teh Halba + Madu :-
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia 

3. Untuk anak-anak yang baligh :-
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran 

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu 

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. 
- Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. 

Related image

Fakta tentang halba
  1. Di Terengganu, halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
  2. Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasar raya. 
  3. .Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah diabetis boleh juga cara nie. Cara-caranya :- 

    Goreng halba tanpa minyak - jangan sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insha-Allah ianya dapat membantu.

  4. Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai; 
  • Cina: Hu Lu Ba 
  • Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.) 
  • Tamil : Vendayam 
Sekarang awak dah tau kan khasiat halba nie..Kadang-kadang kita hanya tau kegunaan halba nie untuk masakan saja, padahal banyak lagi khasiatnya yang kita tak tahu, kan.. 

7 comments

  1. Ehh baru perasan header baru dah akak ~~ ^^

    ReplyDelete
  2. helba banyak kat rumah ni..boleh buat ni..bab-bab ni memang suka sangattt

    ReplyDelete
  3. Banyak rupanya khasiat halba ni ye..yang sy biasa dgr untuk bykkan susu badan..

    ReplyDelete
  4. jarang sgt ju guna halba ni dalam masakan ju. xsgka byk pula kebaikan nya

    ReplyDelete
  5. banyak rupenye khasiat halba ni.. Biasa guna utk masakan jerk..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧