Rojak Buah Stor : Kudapan Tradisi Orang Terengganu

Tuesday, May 12, 2026


Assalamualaikum wbt...
Ada yang kenal atau tahu tak sejenis buah tempatan yang saya rasa dah jarang nampak di mana-mana yang orang Terengganu gelarkan buah nie sebagai 'buah stor'..? Saya tak pasti di negeri lain ianya dipanggil buah apa, bila saya tanya suami, dia cakap kalau orang Perak dipanggil buah setoi, ataupun buah sentul...

Uniknya buah nie adalah rasanya dan cara nak makan.. Ada orang suka buah cicah-cicah macam buah tempatan yang lain, tapi yang paling orang Terengganu suka buat adalah jadikan sebagai rojak...

Buah nie berwarna hijau terang, tekstur dia pula adalah masam-masam manis, tapi kena makan dengan kuah rojak ikan yang pekat. Ini kerana kalau kita buat cicah-cicah dengan sambal belacan ataupun dengan asam, ianya tak memberikan rasa nostalgia zaman lama..

Memandangkan buah nie dah kurang berbuah, jadi harga jualannya dia agak mahal sedikit sama ada awak nak cari yang mentah ataupun yang telah masak (dijadikan rojak)... Nak cari buah yang mentah tuepun agak payah, awak kena cari di pasar-pasar pagi atau pasar kampung.. Kalau nak cari yang dah dijadikan rojak pun, awak kena cari hampir di seluruh kampung, ada rezeki mungkin awak akan jumpa makanan ini dijual.. Tak silap saya harga buah stor yang mentah nie dalam lingkaran harga RM15 hingga RM17 untuk satu pek/unit bergantung pada berapa besar buah tue, dan kalau nak beli yang dah siap dijadikan rojak, harganya boleh mencecah RM27 sebekas/3 biji...

Masa saya kecik-kecik dulu, makanan nie adalah makanan petang bagi orang Terengganu, selain daripada makanan seperti pisang goreng, keropok lekor dan rojak betik. Jadi bila ummie saya masakkan rojak buah stor baru-baru nie, terimbas balik di zaman lama... 

Yang paling best tue adalah bila buahnya dah habis dimakan tapi masih ada lagi sisa kuah rojak tue, kami akan cicah kuah tersebut dengan keropok keping, lagi bertambah-tambah sedap rasanya.. Macam saya cakap tadi, buah nie dia rasa masam-masam manis tapi kena makan dengan kuah rojak ikan.. 

Cara nak buat...? Saya ada kongsikan dekat blog masakan saya... Jemput singgah di


Kalau awak singgah di Kuala Terengganu, cuba awak cari rojak di pasar, ada rezeki mungkin awak boleh rasa rojak nie... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

1 comment

  1. Pernah makan tapi masa tu dia campur sekali dalam rojak buah.. Versi yang Shikin kongsi ini tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧