Tip belajar sendiri

Sunday, October 31, 2021


Assalamualaikum wbt..
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep belajar sendiri..? Ianya adalah proses  di mana seseorang pelajar itu memperoleh ilmu pengetahuan baru secara sendiri. Proses pembelajaran sendiri ini sebenarnya bergantung sepenuhnya  kepada kehendak diri untuk mengembangkan kemahiran dan sikap yang membolehkan mereka memberikan yang terbaik. 

Sumber bahan pembelajaran pula boleh didapati melalui pembacaan terutama buku teks, buku latihan, nota yang diberikan oleh pihak sekolah dan juga pelayar internet untuk mencari bahan rujukan agar minda bebas untuk berkembang dan kemampuan untuk belajar secara bebas.

Dengan beberapa tip ini mungkin dapat membantu para pelajar untuk membuat pembelajaran secara sendiri ini...

Guna gajet untuk belajar - Gajet yang ada digunakan secara bermanfaat. Pelajar boleh melayari internet untuk mencari bahan rujukan. Kesannya, pembelajaran kendiri ini akan menjadi lebih seronok. Penggunaan gajet ini dapat membantu perkembangan minda pelajar dan memudahkan sesi interaksi bersama rakan-rakan terutama ketika tempoh pandemik.

Mengikuti kelas tuisyen - Pelajar juga boleh mengikuti kelas tuisyen kerana di situ mereka berpeluang untuk mempelajari teknik dan teori baru dalam pembelajaran, ini kerana lain guru lain caranya. Sekurang-kurangnya pelajar dapat mengikuti suasana pembelajaran lain daripada kebiasaan serta mendapat kawan-kawan baru sehingga mereka mampu untuk mencapai objektif di dalam pembelajaran.

Sedia kelengkapan khas untuk anak-anak - Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang kepentingan dalam menuntut ilmu di kalangan anak-anak, wajarlah untuk menyediakan semua kelengkapan khas untuk mereka. Antara kelengkapan yang boleh disediakan termasuklah bilik yang selesa, gajet dan bahan sokongan lain seperti buku rujukan atau buku latihan yang bersesuaian. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh membeli buku-buku secara dalam talian untuk anak-anak.

Belajar berkumpulan di rumah - Pelajar boleh mengadakan pembelajaran bersama adik beradik di rumah. Suasana sebegini akan dapat menyuburkan minat di kalangan anak-anak untuk menelaah pelajaran. Ibu bapa juga perlu sentiasa menyokong hasrat ini setiap kali anak-anak sedang belajar. Inilah yang dinamakan teknik dan kaedah terbaik daripada ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menempuh cabaran sukar sepanjang tempoh pandemik.

Belajar di perpustakaan - Belajar sendiri juga boleh dibuat di perpustakaan bersama rakan-rakan (ini adalah merujuk kepada situasi di luar tempoh pandemik). Sebagai contoh, pelajar boleh mencari tempat yang bersesuaian untuk belajar seperti di perpustakaan, pondok, perkarangan masjid ataupun taman riadah. Ini sekaligus akan mewujudkan kelainan suasana belajar dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan.

Semoga dengan tip ini dapat memberi manfaat pada semua yang belajar.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



8 comments

  1. Macam-macam cara boleh cari ilmu.

    ReplyDelete
  2. MY ada panggil tutor untuk anak anak ke rumah... tak larat dah nak ajar sendiri

    ReplyDelete
  3. Pendapat saya belajar sendiri ni tengok subjek lah. If macam Sejarah or Biologi mungkin boleh tapi kalau Matematik atau Fizik, biarlah ada gurunya

    ReplyDelete
  4. Sekarang banyak kemudahan untuk belajar kendiri

    ReplyDelete
  5. ada certain subjects yang ammi memang tak reti nak ajar, nak explain... ammi enrol online classes dari cikgu2 diluar.

    ReplyDelete
  6. Dengan adanya sumber rujukan atas talian lebih mudah untuk belajar sendiri. Yang penting, sambungan Internet kena stabil.

    ReplyDelete
  7. kalo sy dulu.. ade sesetgh subjek blh blaja sendiri..
    ade subjek yg mmg kena ade geng utk blaja.. hehe

    mcm2 cara blh guna utk cari ilmu kan.. =)

    ReplyDelete
  8. Saya ada sesetengah subjek je belajar sendiri
    Mcm math sy study group la

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧