Best Western Food Serving in Kuala Lumpur

Thursday, February 13, 2020

Assalamualaikum wbt… Laparnya rasa perut nie..! Nak keluar rasa macam malas sangat sebab nak kena tukar baju, pakai mekap sikit-sikit (hihihi) … Setelah bermain-main tarik tali antara hati dan otak, mulalah bersiap-siap, barulah keluar rumah, itu belum lagi nak menghadap trafik sesak atau andai kata minyak kereta hampir nak kering, dah nak kena pergi ke stesen minyak pulak.. 

Kalau tak ramai orang, cepatlah isi minyaknya, kalu tak, kena beratur dulu sebelum giliran kita untuk isi minyak sampai.. Lepas isi minyak tue, barulah kita mula perjalanan untuk mengisi perut yang kosong tapi bila dah sampai kedai, kena cari parking yang ada masanya memang susah dapat parking nak-nak bila cuti hari Sabtu dan Ahad.. Memang kena tunggulah parking kosong dulu sebab ramai yang keluar makan bersama-sama dengan orang tersayang… 


Bila dah jumpa parking, nak kena cari kedai pulak, sebabnya duk fikir nak makan apa, bila dah jumpa kedai, kalau ada tempat duduk, kira okeylah, tapi bila kena beratur tunggu turn nak masuk restoran atau kedai tue, buang masa lagi… Dah dapat tempat, barulah ambik order tapi nak kena tunggu order pulak, kalau kedai tue tak ramai orang, jadi apa yang kita order akan sampai dengan cepat.. Kalau ramai orang kat dalam kedai tue, hurmmm kenalah tunggu yang kadang-kadang ambik masa yang agak lama… Adoiii buang masa betullah.. 

Tapi kan, zaman sekarang kan dah canggih, main tekan-tekan jea kat handphone… 

So, apa lagi download la aplikasi order makanan iaitu aplikasi FoodPanda… Kat dalam aplikasi nie memang macam-macam yang kita boleh order makanan, lepas tue ada pulak servis penghantaran zassss sampai ke pintu rumah kita.. 


Terdapat Pelbagai Menu Western Yang Menyelerakan

Pilihan makanan saya bila order dari sini semestinya Western food seperti pasta, spaghetti, chicken chop, buttermilk chicken, beefsteak dan macam-macam lagi... Menu yang menyelerakan, maklumlah tekak omputih la katakan, hihihi… tak caya? Cuba tengok antara menu Western oleh restoran-restoran sekitar Kuala Lumpur yang nampak begitu menyelerakan ni… 







Banyak  Betul Pilihan Makanan Halal Yang Awesome
Dan Sedap Di Kuala Lumpur 

So, bila dah ada pilihan menu, kita pun tekan-tekan la kat button order, siap dengan harga makanan dan caj delivery lagi.. Jadi, siap-siapkan la duit secukupnya dan hanya tunggu rider dari FoodPanda Malaysia Delivery sampai ke rumah.. Sebenarnya, kat Kuala Lumpur nie, memang banyak pilihan menu Western dan ada sesetengahnya telah dinyatakan samada menu Western nie merupakan makanan halal bagi Muslim ataupun tidak.. 

Jadi senanglah kita buat pilihan pada menu makanan tanpa ada rasa was-was.. Harga untuk makanan Western pun boleh dikatakan mampu makan berserta dengan caj delivery.. Jadi, senanglah untuk pada sesiapa yang rasa malas nak masak masakan Western dan rasa macam malas nak keluar dari rumah disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang... 


Tapi macam saya sebut tadi, tekak aje tekak omputih, nak masak tue la yang malas… Nak pergi ke kedai, memang boleh tapi bila tahap kemalasan nie melanda diri, tue yang rasa nak order dari FoodPanda nie.. Senang pun senang, sekurang-kurangnya kita dapat bersantai di rumah dengan menikmati makanan yang telah di order..

Bila ziarah rumah adik di Kuala Lumpur, ada masanya kami order makanan daripada FoodPanda Malaysia Delivery jugak dan semestinya makanan Western Food Near Me menjadi pilihan. Bukannya apa, kadang-kadang bosan jugak asyik makan nasik jea kan.. Yealah, kami nie memang suka duduk di rumah jea, lebih-lebih lagi masing-masing berkerjaya dan masa-masa cutilah nie la kami nak rehat secukupnya.. 


Sememangnya FoodPanda menjadi pilihan saya di masa kini, senang dan mudah untuk dapat menu makanan dan minuman yang kita inginkan dan betullah orang cakap Malaysia adalah syurga makanan.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal 

15 comments

  1. Sedapnyaaa lapar lah pulak tgk makanan sedap ni

    ReplyDelete
  2. senang jer nak order maknan sekarang..dihjung jari jer..:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya..lapar pula tengok gambar makanan ni..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. Aduss~ bak iklan foodpanda, jangan terlepas memori indah anda. Haha

    ReplyDelete
  5. waa western food mmg favourite kami boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  6. sedap2 menu dia... terliur la pulak tengok hihihi

    ReplyDelete
  7. x pernah gina mana2 servis food delivery lagi.
    so far masih reachable lah nak beli makanan :)

    ReplyDelete
  8. Adoi.. Adoi.. mengancamnya menu dia..

    ReplyDelete
  9. time pkp dah tak boleh nak makan western food di kedai..nasib baik ada food panda yang boleh hantar ke rumah

    ReplyDelete
  10. alahai dah la western feveret saya..bestnyaaa

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧