Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Aisya Ismail

Tuesday, June 18, 2019



Assalamualaikum wbt..
Okey, untuk minggu ketiga ini, jom kita kenal dengan sahabat pilihan pada minggu ini.. 




Blog Aisya Ismail... Dikenali sebagai AI dalam dunia blog, merupakan seorang visual merchandiser di samping menjadi blogger separuh masa, berumur dalam lingkungan 20-an, berasal daripada Kuala Lumpur dan kini tinggal di Shah Alam dan sudah berumahtangga.. Aisya telah memulakan perjalanan blog dia sejak tahun 2008 lagi tapi pada blog dia hanya bermula pada tahun 2015.. kenapa nama dia AI..? hihi menurut kata AI adalah ringkasan namanya sendiri A is stand for Aisya, I is stand for Ismail.. Jadi terhasillah nama AI..

Seingat saya, AI nie adalah rakan blogger saya yang terawal menjadi follower saya dan macam biasa jugak, kami jumpa melalui segmen dan GA anjuran rakan-rakan.. Walaupun AI sibuk dengan kerjaya tetapnya tapi dia tak membiarkan blog dia berkubur begitu saja walaupun hanya menulis entri sebanyak 2 ke 3 buah entri setiap bulan.. Dalam blog ini, dia menceritakan kisah dirinya dan ada jugak entri yang berunsurkan maklumat jugak review pada tempat yang dia singgah.. Sebelum AI membeli domain, nama blog dia sebelum ini adalah ceritaaisyaismaildotblogspotdotcom.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Tips Berkaca Mata Untuk Wanita Bertudung ;
Jenis Bunga Dan Maksudnya Yang Tersembunyi ;
Cara Download Video Daripada Youtube ;
Sambal Belacan Memori Daun Pisang ;

dan banyak lagi entri yang menarik.


Kepada AI, akak nak ucapkan terima kasih kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak..Walaupun kita tinggal berdekatan jea tapi Insha Allah satu hari nanti kita akan bersua jua.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan kerjaya awak..Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga dan semoga awak dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.. Terima kasih kerana menjadi rakan baik akak.. Keep it up girl..!




Jom kita singgah dan jengah ke blog Aisya Ismail dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



3 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧