Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Suria Amanda

12:00 AM



Assalamualaikum wbt..
Masih dalam mood raya...? Takpe, segmen ini masih berjalan.. hihihi.. Jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya...




Blog Suria Amanda... Rasanya ramai yang dah kenal dengan blogger ini.. Pemilik nama kak Parizan Mohd Zain ataupun Kak SA nie adalah blogger yang agak terkenal di kalangan blogger-blogger samada blogger senior mahupun junior.. Berumur awal 40-an, mempunyai seorang anak gadis yang comel dan manis, berasal daripada Negeri Sembilan tapi kini dia menetap di Kuala Lumpur.. Kak Suria memulakan perjalanan blog ini sejak tahun 2010 lagi dan boleh dikatakan sebagai otai blogger.. hihihi

Sebenarnya saya sendiri dah lupa sejak bila kami berdua menjadi rakan blogger tapi rasanya macam sama dengan yang lain, kami menyertai segmen dan GA daripada rakan blogger yang lain.. Kak Suria penah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya tapi macam biasalah saya hanya mampu jadi silent reader saja, hanya sesekali saja saya muncul dalam blog kak Suria.. hihi.. Apa yang menarik mengenai Kak Suria nie adalah dia selalu berkongsi resipi masakan dan pelbagai review... Setiap hari ada saja resipi masakan yang dimasak oleh kak Suria dan sumanya nampak menyelerakan..Kak Suria juga selalu menghargai pembaca yang selalu singgah dan komen dalam blog dia, dengan memberi saguhati pada setiap bulan..  Kebanyakan entri kak Suria adalah berkisahkan kisah hidupnya tapi tue lah, rasanya entri masakan lebih menonjol dalam blog kak Suria..

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Cendawan Tiram Pertama Dari Bongkah Cendawan SA Beli Di Shopee
Sayur Petola Masak Tumis Air
Senaman Brisk Walk Sesuai Untuk Pesakit Hypertension ;
Kenapa SA pilih Grab Car?

dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca.. 


Kepada Kak Suria, terima kasih kerana akak sudi menjadi rakan blogger saya walaupun saya jarang sangat komen kat blog akak, hanya mampu jadi silent reader jea.. Saya jeles sebenarnya sebab akak mempunyai banyak masa untuk update blog akak pada setiap hari, sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan.. Saya doakan agar akak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca akak..Seronok sebenarnya baca entri akak, lebih-lebih lagi masakan akak, hingga membuatkan rasa terliur saja.. Saya doakan jugak agar Allah merahmati, memberkati dan melindungi akak sekeluarga dan dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.. Semoga satu hari nanti kita akan berjumpa.. Insha Allah...


Jom kita singgah dan jengah ke blog Kak Suria Amanda dan salam perkenalan pada semua..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

4 lovely notes

  1. Ya allah..terima kasih sangat- sangat Shikin sudi review blog akak..terharunyaaaaaa....satu penghargaan ni....

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators