Tinggal beberapa jam lagi untuk melangkah ke tahun baru

Monday, December 31, 2018



Assalamualaikum wbt..
Hanya tinggal beberapa jam saja lagi tahun 2018 akan meninggalkan kita dengan pelbagai suka dan duka, matlamat dan pencapaian yang telah berjaya dicapai atau masih lagi di dalam proses untuk mencapai matlamat ataupun masih tergantung di awang-awangan lagi.. Yang pasti detik masa 2018 takkan berhenti berdetik hinggakan terasa betapa lajunya masa berlalu tanpa kita sedari..

Biarpun ada masa kita akan menyesali sesuatu yang telah terjadi pada kita, ianya takkan berhenti masa untuk membolehkan kita berundur daripada masa lalu, tapi jadikan ianya satu perjuangan dan satu semangat untuk kita harungi pada tahun 2019... 

Sejak dari kecil, kita sering memperkatakan 'Azam tahun baru aku adalah dot...dot...dot..' tapi adakah setiap tahun kita akan memperkotakan azam tahun baru kita tue..? Mungkin ada yang betul-betul memperkotakan azam yang telah dilafazkan tapi jika tak dikotakan..? Adakah kita akan memperkatakan azam yang sama setiap tahun...? Apakah tujuan dan matlamat azam kita tue..? Adakah ianya betul-betul memberikan kita semangat untuk teruskan serta memperbaiki lagi kehidupan kita atau sekadar ucapan kosong sebagaimana sebuah ucapan selamat..? 

Samalah jugak seperti ucapan yang kita forward kan di dalam whatsapp ataupun laman sosial yang lain seperti ucapan maaf contohnya.. Adakah kita betul-betul ikhlas meminta maaf dengan seseorang ataupun sekadar ucapan forward tanpa kita benar-benar memahami isi kandungan ucapan tersebut.. Kenapa perlu kita mengucapkan maaf setiap kali sesuatu perayaan sedangkan ucapan itu sebenarnya tak perlu menunggu hari perayaan pun untuk kita saling bermaafan.. Sedangkan dalam hadith sahih pun ada menyatakan, 

" Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudara Muslim dia menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan memperolehi pahala sama-sama. Jika saudara Muslim tidak menjawab salamnya, nescaya saudara itu akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa yang tidak bertegur sapa itu "
(Riwayat Abu Daud dan Riwayat Al-Bukhari) 

Jadi untuk tahun 2019 ini, marilah kita sama-sama menjadi insan yang diredhai oleh Allah dan semoga apa yang kita lafazkan akan dirahmati dan diberkati oleh Allah.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



10 comments

  1. happy new year Shikin. semoga tahun 2019 ni bagi lebih banyak rezeki utk shikin.

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru kak shikin. Semoga tahun dpn lbh baik hendaknya :)

    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/12/book-haul-december-2018.html

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru 2019 kak Shikin :)

    ReplyDelete
  4. salam tahun baru 2019..
    ceria2 selaluuu =)

    ReplyDelete
  5. Happy new year Kak shikin. Moga 2019 bawa berkah untuk akak sekeluarga. ^^

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. adakala kita telah menyakitkan hati seseorang tanpa kita sedari tapi ada juga yang terus senyap/tak nak bercakap dengan kita hanya disebabkan perkara kecil. Terasa macam budak-budak pun ada. Tak adil pada kita, sepatutnya tanya/bincang elok-elok dari kita tertanya-tanya kenapa jadi macam tu. Sedih bila jadi macam tu.

    Apa-apapun moga 2019 ini lebih bermakna buat diri kita semua.. ;) dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧