Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Siqah Hussin

12:00 AM

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, siap untuk task minggu kedua.. Jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya pada minggu ini..

www.shikinrazali.com

Blog Siqahiqa.. Nama blogger ini adalah Nurulsiqah Binti Hussin, sudah berumahtangga, berumur awal 30-an, menetap di Shah Alam dan kini berkhidmat dalam bidang perbankan. Siqah memulakan penulisan blog pada tahun 2014 dan mempunyai folllowers sebanyak 500++, walaupun begitu trafik blog dia memang agak tinggi iaitu dalam sekitar 900 ribu lebih, dan kini nak menghampiri 1 juta trafik.. Wow... 

Kami mula menjadi sahabat maya semasa menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain, dan Siqah jugak pernah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya sebelum ini.. Apa yang menarik mengenai Siqah adalah dia pandai ambik gambar 'flat lay photos' dan ianya memang menarik sekali, nampak seperti professional sangat.. hihi.. Blog Siqah nie adalah blog personal tapi dia ada jugak bercerita tentang review makanan, buku, fesyen dan pelbagai informasi menarik.. Kebanyakan entri blog Siqah ditulis dalam bahasa Inggeris tapi ada ketikanya dia akan tulis entri blog dalam bahasa Melayu..

Antara entri yang menarik adalah Where To Eat In Cyberjaya : Campur Campur Kitchen, Easy Tutorial : How I Edit My Flat Lay Photos - White Theme Background, 5 Idea Bijak Jadikan Bilik Mandi Nyaman Dan Berfungsi, Beauty Talks : Products I'm Currently Trying dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..

www.shikinrazali.com

Kepada Siqah, terima kasih akak ucapkan kepada awak kerana sudi menjadi rakan maya akak walaupun akak menjadi silent reader dalam blog awak.. Terima kasih akak ucapkan kerana selalu menyokong akak daripada belakang tabir dan terima kasih kerana selalu singgah di blog akak.. Akak harap satu hari nanti kita akan berjumpa dan akak harap ikatan ukhuwah silaturrahim antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya... Akak doakan agar awak sekeluarga akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah dan Insha Allah satu hari nanti doa awak akan dimakbulkan oleh Allah.. 

www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah ke blog Siqah Hussin dan salam perkenalan pada semua..

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

12 lovely notes

  1. first time dulu join giveaway antara yang terawal GA siqahiqa syaza join hihi

    ReplyDelete
  2. Rabia suka baca blog kak siqah ni.dahlah cantik template blog dia.kemas je.teratur je susunan widget blog dia.

    ReplyDelete
  3. Sha pun suka tengok flat lay foto siqah.. cantik..

    ReplyDelete
  4. wah bestnya.. gambar flatlay mmg cantik lah pandai siqah ambil

    ReplyDelete
  5. selalu juga singgah blog Siqah, gambar kat blog dia cantik.

    ReplyDelete
  6. wow banyaknya traffic siqah! Suka tengok flatlays dia, semua cantik2

    ReplyDelete
  7. Kak Shikin!! <3 Terima kasih banyak2 untuk entri ini. Bertuah rasanya, happy bila terpilih dalam blogger pilihan akak. Siqah dah jarang blogwalking ke sini dan blog blogger2 lain, dan akak masih tak lupakan Siqah. Terharu T_T Terima kasih sekali lagi kak, dan juga rakan blogger yang lain for your support <3<3<3

    ReplyDelete
  8. Saya suka baca blog kak Siqah ni, mcm inspirasi sgt mcm mana kak siqah bahagi masa untuk membaca dengan kerjaya yang sibuk + rumahtangga lagi. Hehe 24 jam ni mcm tak cukup untuk sy, :P

    ReplyDelete
  9. flatlay dia cantik2 semua...kagum.

    ReplyDelete
  10. paling suka tgk flatray siqah. lawa gila :) hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators