Tips membeli pakaian terpakai

4:14 PM

Image result for clothes

Assalamualaikum wbt..
Sapa cakap pakaian bundle tak cantik..? Sekarang nie, banyak dah kedai-kedai yang menjual pakaian bundle yang cantik-cantik dan harganya jauh lebih murah.. Walaupun ianya pakaian terpakai, kualiti pakaian tetap terjaga.. Tapi sebagai pengguna yang bijak, kita kena pandai memilih agar tak menyesal di kemudian hari.. 

So, hari nie saya nak kongsi tips camne nak beli pakaian terpakai...

👕Pilih dengan cermat pakaian yang ingin dibeli - Pastikan baju, kasut atau beg yang nak dibeli tue mempunyai jahitan yang masih kuat dan takde kerosakan yang teruk. Untuk baju, teliti dengan cermat bila ada sikit kekotoran terutama di bahagian bawah lengan. Jangan beli sekiranya kotoran itu tak dapat dihilangkan. Kemudian, awak kena tengok  jugak kualiti serat kainnya, butang baju dan bahagian kolarnya. Untuk kasut pulak, awak kena pastikan bahagian tapak kasut tue masih kuat dan baik. Pegang dan rasa bahagian dalam kasut untuk periksa keadaan tapak kasut bahagian dalam sama ada baik atau sebaliknya. 

👕Potongan (cutting) - Potongan baju zaman dulu sama ada seluar panjang atau baju kemeja memang berbeza dengan zaman sekarang. Contohnya, potongan seluar jeans pada zaman dulu apabila dipakai ianya akan jatuh di bahagian perut sedangkan potongan sekarang lebih banyak yang jatuh di pinggan bahagian bawah. Jadi untuk lebih selamat, awak kena cuba dulu sebab belum tentu ianya sesuai dengan pilihan dan tubuh badan awak. 

👕Rasakan bahannya - Bila kita beli pakaian bundle kita nie, dah tentu kita tak tahu berapa tahun dah usianya kan.. Bahan baju yang dah lama biasanya akan terasa kering dan rapuh, seluar jeans contohnya, ianya akan kelihatan terlalu kering dan keras apabila dah terlalu lama dipakai. Jadi bila pakaian tue dah terlalu lama, ianya tak selesa lagi untuk dipakai. 

👕Mencari informasi - Tak salah untuk kita cari informasi tentang kedai pakaian bundle sebanyak mungkin sebab senang kita untuk memilih pakaian bundle yang terbaik. Seeloknya pilihlah kedai yang ada kreadibiliti dalam penjualan pakaian bundle, jadi awak takdelah membuang duit dalam jual beli pakaian bundle..

👕Kualiti - Manfaatkan kesempatan nie untuk cari pakaian yang betul-betul berkualiti. Ada beberapa jenama terkenal dah diakui seluruh dunia ketahanannya dan kualiti bahan, jadi tak salah awak cari pakaian tue dengan lebih kuat lagi.. Sebab awak bukan saja boleh pakai untuk hari nie jea, tapi mungkin ianya dapat bertahan bertahun-tahun lamanya.. 


You Might Also Like

9 lovely notes

  1. nice tips. sebab sha selalu jugak beli tapi takmuat haha

    ReplyDelete
  2. kadang suka jugak beli brg bundle. best jugak.. tp kne pndai la pilih kan.. kdg silap jugak.. hahha

    ReplyDelete
  3. bundle niemmg cantik .. kalau pandai pilih. Sy pun ada beli pakaian bundle juga.. slalunya sy cari seluar haha.. Mumy pula suka beli cadar ..

    ReplyDelete
  4. Pakaian-pakaian bundle ni elok , cuma kena rajin pilih aje . Ladang ada baju yang limited edition zaman dulu

    ReplyDelete
  5. baju bundle kena pandai pilih baru dapat yang cun. Lepas tu harga pun murah. Ok ler kan..

    ReplyDelete
  6. Tidal Salah membeli pakaian bundle malahan lagi jimat Kan. Cuma kena pandai pilih je la

    ReplyDelete
  7. mak ju suka shopping dekat bundle ni, yes memang cantik2 tau =D

    ReplyDelete
  8. aida tak pernah masok kedai bundle.
    tapi, dpt byk info dari adik ipar.
    dia sgt suka masok and beli brg & pakaian bundle.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators