Raya..Raya.. Part 1

Tuesday, July 04, 2017

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi awak...! Rasanya belum terlambat kot saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua rakan-rakan yang mengenali saya secara langsung dan tak langsung.. Semoga di bulan yang mulia nie kita saling bermaaf-maafan dan jika ada sengketa antara kita tue, lupakanlah dan bukalah buku baru agar kita menjadi tenang dalam kehidupan seharian, takdelah nak tension jea kan...

Pagi-pagi nie baru nak rajin menaip jurnal nie, saya dah masuk kerja pada hari Jumaat lepas, bukak laptop tapi kemalasan nak menaip tue naik mendadak sampai ke paras hidung, tue yang malas nak menaip tue... Tapi rasa jeles pulak bila ada di antara awak suma yang bercerita tentang suasana hari raya awak... Hahaha 😆 aci tak kalu saya jeles.. 

Saya pun nak citer jugaklah tentang suasana hari raya saya tapi saya combine sekali la yea, so panjang sikit la entri nie... Okey, rolling babak pertama...

Saya start cuti pada 23hb Jun yang lalu (hari Jumaat) dan kali nie giliran orang negeri Perak pulak beraya.. Saya dan suami mengamalkan sistem giliran untuk beraya, contohnya, tahun nie, pada hari raya Aidilfitri kami akan beraya di negeri Perak, manakala pada hari raya Aidiladha pulak kami akan beraya di negeri Terengganu.. So pada tahun depan kami akan bertukar sistem, jadinya pada hari raya Aidilfitri pada tahun depan kami akan beraya di Terengganu dan hari raya Aidiladha pulak kami akan beraya di Perak.. Begitulah seterusnya untuk tahun-tahun yang akan datang... Kenapa tak beraya di kedua-dua buah negeri..? Sebabnya kami rasa macam tak puas bila beraya di kedua buah negeri secara serentak lantaran cuti raya pun tak banyak diambik, so kami buat sistem giliran kami.. Alhamdulillah kedua-dua belah keluarga kami setuju cadangan kami.. Okey balik pada permulaan cerita.. So, last saya bekerja adalah pada hari Khamis dan masa tue, ada staf yang mula balik kampung memandangkan hari tue kan last day sesi persekolahan.. Mulanya saya nak balik pada malamnya tapi bila memikirkan jalan menjadi sesak, saya batalkan niat saya dan mula mengemas rumah, kemas apa yang patut walaupun sebenarnya takde apa yang nak dikemaskan sangat.. Saya ada satu penyakit yang memang diwarisi oleh ummie saya, awak nak tau sakit apa..? Sakit gabra, ala yang macam gabra nak ambik exam tue.. 😀 Mulalah hati nie tak keruan, berdebar-debar macam tunggu results SPM, pastu mata takleh pejam padahal ngantuknya hanya Allah yang tahu, bergolek-golek atas katil ala-ala citer Hindustan, tapi tak mau lelap jugak.. Pastu datang pulak sakit perut memulas-mulas tapi tak terasa nak ke tandas, otak nie macam-macam duk pikir, nak buat apa esok, nak bertolak pukul berapa.... huhu last sekali saya dapat lelapkan mata pada pukul 5 pagi dan bangun balik pada pukul 6.15 pagi untuk solat subuh.. Ingatkan nak sambung tidur semula tapi bila dah penyakit gabra datang balik, saya pun bangun mandi dan mula menjalankan tugasan terakhir sebelum bergerak balik kampung.. Tugasan yang saya buat adalah beri makanan pada kucing-kucing yang terletak dalam sangkar dengan meletakkan makanan dan minuman dalam bekas khas, lepas tue check kereta, bateri kereta, minyak hitam dan tayar.. Sedar tak sedar hampir pukul 10 pagi saya bergerak dari Salak Tinggi menuju ke Sungkai.. Memandangkan pada hari Jumaat masih ada yang belum balik ke kampung halaman masing-masing, jadi jalanraya takdelah sesak sangat dan saya drive balik ke Sungkai sorang diri dengan bertemankan lagu-lagu raya.. Saya sampai di rumah mak mertua pada jam 12.30 tengahari dan sampai aje di rumah, saya terus menolong mak mertua untuk mengemas rumah, maklumlah hanya saya sajalah menantu perempuan merangkap satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mertua.. 

Okey selesai babak pertama.. Now let's roll another episode.. Hari Sabtu...

Memang menjadi kebiasaan mak mertua saya akan membeli keperluan hari raya pada saat-saat akhir, kami ke bandar Tapah untuk membeli keperluan raya, planning mak mertua untuk menu hidangan hari raya pertama adalah laksa penang dengan rendang ayam kampung.. So kami pun beli barangan untuk menyiapkan hidangan raya dan bila dah cukup, kami pun balik ke Sungkai dengan aliran trafik yang mula bersesak lantaran orang ramai mula balik ke kampung halaman masing-masing.. Sampai aje di rumah, kami berdua menyinsing lengan baju dan mula memasak.. Untuk kali pertama, saya layurkan ayam kampung untuk membuang bulu-bulu ayam yang halus.. Rasa seronok pulak bila layurkan ayam kampung, maklumlah di kampung tumpah darah saya, memang takde pengalaman pun untuk layurkan ayam kampung.. Sementara saya layurkan ayam kampung, mak mertua mula menyiang ikan untuk dijadikan kuah laksa.. Sambil-sambil tue kami berdua menyiapkan hidangan berbuka puasa, jadi dah macam kawasan medan peperangan dengan bunyi periuk belanga suma.. Bila dah siap masak untuk hidangan berbuka puasa, kami mula merancang nak buat sedikit kuih raya tapi tak jadi rancangan kami kerana masing-masing mulai letih.. So lepas berbuka puasa, saya dengan suami ke kedai dobi layan diri untuk membasuh baju yang berlonggok dalam bilik suami... Nasib baik kedai dobi nie dibuka 24 jam dan tak ramai yang berada di dalam kedai dobi tue, mungkin masing-masing mulai sibuk untuk persiapan raya.. Dah selesai tugasan membasuh dan mengering, kami pulang ke rumah pada pukul 1.30 pagi dan siapkan saki baki mengemas rumah dan menggantung langsir.. Kemudian saya menggosok pakaian hari raya supaya takdelah kelam kabut pada esoknya tue, sebab dah tau mesti adik ipar pun nak menggosok baju melayu dia pada saat-saat akhir... 

Okey, tue kisah hari Sabtu.. Dan kini.. Dam.. Dam... (bunyi mercun dan meriam).. Selamat hari raya...! Kami beraya di Felda Trolak Utara di rumah atok hubby... 

http://starlavenderluna.blogspot.my
Hubby saya memang seorang yang serius, payah betul nak suruh dia senyum... hihi

http://starlavenderluna.blogspot.my
Inilah keluarga hubby yang terdiri daripada mak sedara, bapa sedara, sepupu sepapat.. 

Okey, saya nak memperkenalkan ahli keluarga hubby, yang duduk bercermin mata tue adalah atok hubby, yang peluk atok tue adalah mak mertua saya, yang duduk sebelah atok adalah bapa sedara hubby yang no 2 dipanggil Ngah, yang duduk sebelah hubby tue, bapa sedara hubby yang no3 dipanggil Chik, manakala wanita yang duduk mencangkung berpakaian pink tue adalah mak sedara hubby dipanggil Mak Sue, usianya hanya setahun lebih tua daripada hubby.. Di sebelah Chik tue adalah isteri Chik dipanggil Mak Chik, di sebelah Mak Chik  dan sebelah saya adalah sepupu-sepupu hubby.. Wanita yang duduk bercermin mata tue adalah isteri Ngah yang dipanggil Mak Ngah dan sebelah dia tue adalah jugak sepupu-sepupu hubby.. Masa nie ayah mertua dan adik-adik ipar saya takde bersama kerana mereka pergi ke pusara arwah nenek hubby yang tak berapa jauh daripada rumah Ngah.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my
Girls only.. 
Itulah hari raya pertama saya di Trolak Utara.. Nak tahu kisah hari raya kedua.. 


8 comments

  1. Nisa pun system bergilir... tahun ni raya belah husband kat kelantan

    ReplyDelete
  2. Meriahnya... wife saya pun jenis gabra... hihi... tapi nasib baik saya jenis cool...

    ReplyDelete
  3. Dekat sini tak boleh beli brg2 last minit. Sebab kawasan slyg ramai org akan blk beraya so brg confirm hbs. So kena beli 3-4 hari sebelum. Brg basah order awal2.

    Selamat Hari raya shikin :)

    ReplyDelete
  4. 🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼

    ReplyDelete
  5. Hepi family... seronok kan dpt berkumpul reramai.. bukan senang...

    ReplyDelete
  6. big family.
    happy family.
    raya is time utk bonding kan, shikin.
    and wajib bergambo bersama...
    menjadi kenangan di kemudian hari.

    ReplyDelete
  7. Meriahnya Raya. Mama pun kdg2 Ada penyakit gabra juga haha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧