Bermula episod makan-makan..

Tuesday, July 11, 2017

Related image

Assalamualaikum wbt..
Lama jugak saya tak citer dengan awak, kan.. Sebenarnya semalam saya ambik emergency leave disebabkan satu dugaan yang menimpa saya hari Ahad lepas.. Nak tahu apa dugaan tue..? 

Image result for sadBeg duit saya tercicir kat Mesa Mall, Nilai..! Camne boleh tercicir..? Cenggini citernya... Hari Ahad lepas, saya dengan dua orang adik bersama dengan sorang budak kecik (Salsabila) pergi ke shopping complex baru yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan..  Nama shopping complex nie adalah Mesa Mall Nilai.. Shopping complex nie mempunyai banyak kedai-kedai barangan seperti Mr. DIY, Jaya Gorcer Mall, dan pelbagai gerai jualan. Complex nie berkongsi dengan apartment yang boleh dikatakan mungkin harganya agak mahal sikit.. Yealah, rumah berada di tingkat atas, bila keluar dari lif shopping complex depan mata, takyah susah nak bertapak jauh-jauh, kan.. Kami singgah ke kedai Mr. DIY kerana adik saya nak beli barangan di situ.. Saya pulak memang dari mula lagi mendukung Salsabila lantaran mamanya terlupa nak bawak stroller.. Setelah selesai beli barangan, kami pun jalan menuju ke tempat parking kereta. Masa tue saya masih lagi mendukung Salsabila.. Tetiba tangan saya menjadi lenguh, jadi saya dan adik bertukar tangan saling dukung.. Salsabila masih belum boleh berjalan lagi so nak taknak memang kena dukung.. Dah sampai di tempat parking, masa tue la saya terperasan beg duit saya hilang dari dalam poket seluar.. Apa lagi, melilau la mencari dalam mall tue, mencari-cari kot-kot terjumpa.. Bila tak jumpa saya pegi ke information center dan bertanya pada staf di situ kot-kot ada orang yang jumpa beg duit saya dan hantar ke situ.. Malangnya takde siapa yang menghantar dan memang 'murah rezeki' pada siapa yang mengambil beg duit saya kerana di dalamnya ada beberapa keping duit untuk beli barangan keperluan dapur.. Saya tak kisah sangat pasal duit tue, yang saya ralat sangat adalah kehilangan dokumen penting seperti IC, lesen memandu dan beberapa kad debit bank.. Pada petang tue jugak saya menelefon bank untuk block kad debit agar tidak disalahguna oleh orang 'murah rezeki nie'.. Dan pada petang tue jugak saya membuat laporan polis mengenai kehilangan beg duit.. So semalam saya membuat semua urusan di JPN, JPJ dan bank..

Okey.. Kita tinggalkan citer sedih nie.. Kita kembali pada tajuk utama tue, episod makan-makan.. Mulai pada minggu nie, acara makan-makan pun bermula.. Hari nie Bahagian Korporat, Pejabat Ketua Pengarah dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah mengadakan majlis Aidilfitri di Aras 5 bangunan kami..

http://starlavenderluna.blogspot.my

Antara menu yang disediakan adalah nasi kerabu, mee sup, spagheti, satay, lemang,  rendang, mee soto dan pelbagai jenis kuih muih.. Tapi maaflah saya tak dapat nak ambik gambar kerana keadaan masa tue terlalu sesak dengan staf yang mengambik makanan.. So yang sempat diambik adalah gambar-gambar nie... hihi

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

Hahaha takde orang lain kan melainkan gambar kami berdua jea.. Sebenarnya tak sempat nak snap banyak-banyak kerana tempat kami nie agak kecik sikit dan penuh dengan staf.. So snap gambar kami berdua jea la.. hihihi..

Tempat awak dah buat ke jamuan hari raya..?

15 comments

  1. memang minggu ni dah start event open house kan..

    ReplyDelete
  2. kesiannya purse hilang. Memahami sangat sebab dulu pun pernah hilang. Memang menangis lah nak pergi sana sini settlekan semua. Bertabahlah sis.

    ReplyDelete
  3. Lahai.. kesiannya shikin.. Tak pe la.. Tak de rezeki.. Mungkin ada yg lebih besar menanti nanti.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  4. Semoga ada rezeki yg lebih baik utk shikin.

    Bestnya ada jamhan raya. Makan sokmo ye.

    ReplyDelete
  5. Kalau hilang dokumen penting semua tu memang leceh nak uruskan semula... bab makan2 tu, memang dapat jimat lah sampai gaji kan... hihi... untungnya...

    ReplyDelete
  6. Alahai kesiannya.. semoga terbuka lah Hati org yg jumpa utk pulangkan semula

    ReplyDelete
  7. Kesian kat awat dompet hilang.
    Bab makan2 tu mmg best, hihi.

    ReplyDelete
  8. Kat tempat xde terima jemputan hari raya..

    ReplyDelete
  9. jangan sedih yea sis..nasib baiklah dapat jemputan makan2 yang best..boleh jadi pengubat hati yang duka.. :)

    ReplyDelete
  10. Tempat siqah dah buat jamuan raya. Kenyang gila rasa. Makan berulang kali. Hihi

    ReplyDelete
  11. Huhu..bkn rezeki.bertabahlah kak.bestnya jamuan raya..jamuan raya kami kena tunda😂

    ReplyDelete
  12. Allahu.. bila bab ilang dokumen penting ni, byk urusan kena buat huhu

    ReplyDelete
  13. Tempat kerja Sha baru nak buat hari Khamis ini..sementara kat perpustakaan, dah buat Sabtu hari tu.. Sambut dengan pelajar Kelab.. Sambil gotong royong.. hehehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧