Tips untuk elak perut kembung

Monday, January 16, 2017

Image result for stomach ache

Assalamualaikum wbt...
Biasanya perut kembung nie selalunya dikaitkan dengan baby dengan kanak-kanak tapi tak dinafikan orang dewasa macam kita nie memang kadang-kadang ada merasainya.. Perut kita mesti tak selesa disebabkan pengumpulan gas berlebihan di dalamnya, kan..
Pagi nie saya nak berkongsi dengan awak tips camne nak atasi masalah perut kembung. Jom kita selidikinya...

Minum sebelum makan
Saat menghadap makanan yang digemari, jangan awak teruja atau gelojoh menjamahnya. Ambik nafas seketika dan minumlah segelas air, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan. Cara ini dikatakan boleh membantu perut kita bagi mencerna makanan dengan lebih baik.

Makan dan minum perlahan-lahan
Awak tau tak bahawa makan dan minum dalam keadaan cepat hanya akan memudaratkan kesihatan sekaligus mengakibatkan masalah perut kembung. Ini adalah kerana ketika kita menelan, kita sebenarnya 'makan' lebih banyak udara berbanding makanan yang mana ia kemudiannya akan menyebabkan pertambahan gas. Oleh sebab itu, jalan penyelesaian yang boleh diambil malah mudah dilakukan adalah dengan memperlahankan waktu kunyahan dan menelan sama ada ketika makan atau minum. 

Hentikan tabiat buruk
Sama ada kita sedar ataupun tak, sebenarnya kita mempunyai tabiat buruk yang boleh memudaratkan kesihatan. Awak tau tak yang merokok, kunyah gula-gula getah dan minum melalui straw hanya akan membuatkan perut kita cepat kembung kerana banyak udara telah ditlan tanpa disedari.

Elak pemanis buatan
Mesti ramai yang dah tahu yang pemanis buatan hanya akan memudaratkan kesihatan.Namun itulah yang sering kita gunakan dalam makanan mahupun minuman. Sorbitol iaitu sejenis bahan yang sering digunakan dalam penghasilan gula-gula getah yang dikatakan 'rendah kandungan gulanya'. Bukan setakat tue jea, istilah gula seperti sakarin, sukralose dan aspartam juga mampu membuatkan perut berasa kembung dan tak selesa.

Amalkan teh pudina
Awak tau tak pudina amat bagus untuk melegakan perut yang kembung sekaligus mengurangkan rasa sakit yand dialami. Apa yang awak perlu buat adalah minum secawan teh dengan pudina  setiap kali selepas makan malam dan rasailah kesannya.

Minum air halia
Masa perut merasa kembung, mesti tekak kita akan berasa loya dan tak selesa. Cara yang boleh awak lakukan untuk kurangkan simptom ini adalah dengan minum air halia panas, awak minum secara perlahan-lahan. Insha Allah, perut akan menjadi lega selepas beberapa ketika.. 

14 comments

  1. kdg2 org dewasa pun bolh kena kembung perut, bukan baby je..nice sharing

    ReplyDelete
  2. Orang yang makan terlebih proetein dan serat dalam diet harian pun akan mudah kembung perut 😉
    .
    Atau makan produk tenusu macam keju dan susu bersama makanan yang berasid. Contohnya keju minum dengan air limau.
    .
    Memang sahlah. Perut kembung & sakit perut. Hehe 😂

    ReplyDelete
  3. saya kembung ke boroi? xtau haha

    ReplyDelete
  4. umur meningkat ni perut cept jg kembung...adakah perubahan hormon..:D

    ReplyDelete
  5. Nice tip shikin... Tapi kengkadang tu kalau dah lapar sgt terus aje ngap.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. sharing yg baik.. Ju & hbby slalu amal air halia kalo rasa perut daa kembung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis xboleh nk minum air halia. Eno halia pun xboleh nak telan. Baguslah ju.

      Delete
  7. tu la da besar pon kekadang boleh kene kan

    ReplyDelete
  8. Kadang2 makan kacang pon kembung perut.. akak bab kacang x leh tengok habis terus huuu. Nice tips

    ReplyDelete
  9. Kalau lewat makan memang masuk angin.. Dapat minyak angin memang lega...

    ReplyDelete
  10. mr.asben aida always perut kembung.
    jgn silap makan skit, memang problem betul perut dia.

    ReplyDelete
  11. Kalau minum air halia memang sungguh lega perut..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧