Cerita hari Sabtu.. ❤

Tuesday, October 04, 2016

Assalamualaikum wbt..

Sori baru nak post entri nie, semalam tak sempat nak post... Well, kisah nie berlaku pada hari Sabtu lepas, (dah macam cerita dalam buku dongeng pulak..) ummie dan adik-adik telah kembali ke rumah adik perempuan saya yang telah tamat tempoh berpantang dan akan kembali mengajar pada pertengahan bulan Oktober nie.. 

Dan secara kebetulan pulak, hubby saya balik ke rumah kerana tuntutan 'wajib', hehehe., so pada hari Sabtu tue, adik lelaki saya (gambar di bawah nie ↓) nak sangat pergi ke Aquaria KLCC kerana dia tak pernah menjejakkan kaki ke situ, dan dia sememangnya kaki pancing laut dalam... Katanya hanya sekali saja dia nak jejakkan kaki dan nak tengok suasana dalam Aquaria, maka kami pun berpakatlah untuk pergi, memandangkan pada hari keesokkannya dia akan balik ke Kuala Terengganu, cutinya dah habis.. Tapi kami pergi bertiga saja sebab ummie dan adik2 yang lain tak larat nak pergi kerana masih dalam kepenatan duduk di dalam kereta terlalu lama semasa dalam perjalanan daripada Kuala Terengganu ke KL.. 

Harga tiket masuk ke Aquaria KLCC

Inilah adik lelaki saya yang ketiga, masih bujang trang tang tang lagi.. hehehe


Kitorang memang suka ambik gambar berposing begini..










Hubby suka ambik gambar curi, sebab tue tak sempat nak berposing ala2 comey gitu.. buruk betul..

Image result for potato saladSelepas menunaikan hajat adik, kami sempat singgah di Cold Storage KLCC untuk membeli sikit makanan bagi mengalas perut yang kelaparan... Bila tengok Cold Storage saya teringat pada mula2 saya mengenali dan jatuh cinta pada potato salad.. Masa tue, saya bertugas di Perpustakaan Negara Malaysia dan tinggal di rumah sewa Kampung Baru.. Awak tau, saya hanya berjalan kaki daripada Kampung Baru menuju KLCC kerana nak save bajet duit teksi, hanya balik daripada KLCC saja saya akan menaiki teksi.. Masa tue kan, saya baru nak mengenali dunia baru, saja jalan2 makan angin di KLCC yang terkenal dengan barangan yang berjenama mahal,.. Secara kebetulan saya masuk satu supermarket yang pada masa tue saya tak tau ianya adalah cold storage, dan terpandang pada kaunter mix salad.. Saya nie memang penggemar salad tapi bila terpandang potato salad, keinginan untuk merasai keenakannya mula menguasai diri, dan sejak itulah hampir setiap 2 minggu sekali saya akan ke cold storage KLCC semata-mata nak beli potato salad, hehehe.. Masa tue saya tak tahu nak masak potato salad, bila dah pandai dan bila difikirkan balik, rasa macam buang masa jea beli semata-mata potato salad tue.. 

Okey, balik pada cerita asal, bila dah selesai beli makanan, kami pun balik ke rumah dan kami berlima, (adik bongsu, adik lelaki, ummie, saya dan hubby) bersiap2 untuk pergi ke Nilai 3... Dan memang itu tujuan utama ummie dan adik2 saya untuk bermalam di rumah, hehe ☺.. Macam-macam lah mereka memborong yang pada niat asalnya nak mencari cermin mata hitam adik lelaki, tapi biasalah orang perempuan, sifat nak membeli belah tue tak dapat dipisahkan, ummie saya cakap, nasib baiklah adik balik dengan menaiki bas, kalu dia balik dengan kereta, banyak lagi barang yang boleh disumbat dalam bonet.. hehehe.. 

Lepas dah abis shopping kami pun balik ke rumah tapi sempat jugaklah jejakkan jejak kaki kat Giant dan Tesco Nilai.. Hari tue jugak ada perlawanan bola sepak antara T-Team dan Selangor, adik kata dia taknak makan kat kedai sebab takut ada pertumpahan darah (hehehe) antara peminat Selangor dan Terengganu.. Lalu kami pun bungkuskan makanan dan tengok siaran langsung kat rumah jea..  Itulah aktiviti kami pada hari Sabtu lepas... Dan pada keesokkan harinya kami hantar adik lelaki dengan menaiki bas Adik Beradik di Putrajaya Sentral.. 

Itu saja cerita pada hari Sabtu.. 
Jaa nee..

6 comments

  1. Bestnya g aquaria! Tetap nilai 3 jd pilihan shoppi spnjg zmn.. Haha

    ReplyDelete
  2. Berapa bayaran masuknya?
    Dah lama sangat tak pergi sini.
    Last pergi time anak-anak Mrs. A masih toddler

    ReplyDelete
  3. Bestnya g Aquaria! Bape eh harga tiket sekarang? Mesti dah makin mahal kan. Last time pergi beberapa tahun lepas. Plan cam nak pergi lagi. Mana tahu ada tambah ikan ke. Kiki

    ReplyDelete
  4. Mas : Kan, memang Nilai 3 the legend.. =)
    Mrs. A : Harga untuk dewasa RM46, kanak2 umur 3 -12 tahun, RM35 tapi bawah 3 tahun, free of charge..
    Siqah Hussin : Tiketnya RM46 tapi kena tunjukkan mykad kalu takde mykad, tiketnya mencecah RM64 seorang..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah gi lagi ke Aquaria.. cadang macam nak bawa anak dara berdua tu je nanti..

    ReplyDelete
  6. Tk prnah msuk aquaria :) nnt nk pegi la ..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧