Resipi karipap roti
1:18 PM
Bahan-bahannya :-
Sebungkus roti Garniea
Inti :-
3 biji telur
Lada sulah
Garam secukup rasa
Sebiji bawang kuning (mayang halus)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cara buat/masak :-
Inti karipap roti
Pecahkan telur, letakkan garam kemudian campurkan bawang yang telah dimayang halus. Pukul telur tersebut. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan perlahan hingga hancur. Angkat telur hancur tadi kemudian taburkan lada sulah.
Kulit karipap roti
Ambil sekeping roti. Letakkan di atas acuan karipap. Isikan inti yang telah dimasak tadi. Tekapkan dengan acuan. Goreng dalam minyak yang panas selama 1-2 minit sahaja. Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak. Sedia dihidangkan.
Macamana? Nampak ringkaskan masakannya, saya pun dah penah cuba, hingga terpaksa buat dua bungkus roti sebab permintaan yang cukup tinggi di kalangan ahli keluarga saya... Awak suma boleh mencuba resipi nie, memang best dimakan samada di waktu pagi atau minum petang, nak buat makan malam pun boleh tapi sebagai kudapan malam la...
Insha Allah nanti saya kongsikan lagi mana-mana resipi yang penah saya buat... Jaa mata nee, minna-san...
4 lovely notes
Hehehe :-) dah buat dah...sedap jugak.. :-)
ReplyDelete:-) sedap kan... akak mmg suka masakan yang simple dan x bnyk bahan...
DeleteWahh, nak buatlah nanti, senang jea.... ;-)
ReplyDeleteBuat..jgn x buat Najwa...hihihi :-)
Delete❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧