Pages

  • Home
  • About Me
  • Disclaimer
LinkedIn Facebook Pinterest Youtube

Jurnal Shikin Razali

    • Home
    • My Bookmarks
    • Bloglist
    • _Exchange Blog
    • _List Of Bloglist

    Penjagaan Luka Bersalin

    9:39 AM


    Assalamualaikum wbt..
    Episotomi dan caesarean merupakan 2 jenis luka bersalin yang biasa didengar. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang penjagaannya, Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang ada maklumat lanjut.

    Menurut beliau, secara umumnya, episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episotomi. Episotomi berbeza dengan luka biasa. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran. “Dahulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri,” tegas Dr. Khairiah. Tambahnya, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.

    Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

    Dr. Khairiah memberitahu bahawa biasanya luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

    Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl. Menurut beliau lagi, setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.

    “Seperti yang diketahui ramai, luka episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala,” terang Dr. Khairiah.

    Luka sembuh
    Tentang bagaimana untuk memastikan luka tersebut cepat sembuh pula, beliau menekan tentang pentingnya memastikan kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.”

    Dalam pada itu, Dr. Khairiah mengakui ada sesetengah orang gemar menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka. Dari segi klinikal, hal ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor lazimnya akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

    Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E. Dr. Khairiah memberitahu bahawa ‘keloid’ wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

    Ketika ditanya tentang jahitan yang terbuka, beliau mengakui kes ini adalah biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka-mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

    Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, beliau menasihatkannya agar bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

    Mengenai wanita yang menghidap diabetes, Dr. Khairiah mengakui luka mereka mengambil masa untuk sembuh. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

    “Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan,”tambah beliau.

    Turut ditekankan di sini ialah tentang pengambilan ubat-ubatan tradisional yang dimakan. Wanita selepas bersalin perlu berhati-hati terutamanya dari segi kebersihan ubatan yang diambil itu. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Sebelum mengakhiri pertemuan kami, Dr. Khairiah menasihatkan agar ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak. Menurut beliau, dari segi perubatan, tidak ada pantang larang terhadap pengambilan makanan-makanan tertentu kerana semua makanan kaya dengan zat yang diperlukan tubuh. Cuma sekiranya anda alah kepada sesetengah jenis makanan, eloklah dielakkan.

    Tahukah anda:
    Biasa rasa sakit akibat episotomi hanyalah selama 2 hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan.

    Share This Story

    Tags: Informasi Kehamilan
    Newer Post Older Post

    You Might Also Like

    0 lovely notes

    ❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Visitors Count

    Salam Kenal

    About Me

    Assalamualaikum wbt, salam kenal dari saya, Shikin Razali. Merupakan seorang Pembantu Pustakawan, seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita dan seorang blogger. Untuk sebarang kerjasama / review, boleh hubungi saya melalui emel starlavender.luna@gmail.com

    Sahabatku

    Media Social

    • facebook
    • fanpage
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Nota Jurnal

    • February 2021 (31)
    • January 2021 (47)
    • December 2020 (13)
    • November 2020 (14)
    • October 2020 (22)
    • September 2020 (21)
    • August 2020 (15)
    • July 2020 (15)
    • June 2020 (20)
    • May 2020 (2)
    • April 2020 (3)
    • March 2020 (5)
    • February 2020 (2)
    • January 2020 (2)
    • December 2019 (4)
    • November 2019 (5)
    • October 2019 (16)
    • September 2019 (7)
    • August 2019 (8)
    • July 2019 (9)
    • June 2019 (11)
    • May 2019 (9)
    • April 2019 (21)
    • March 2019 (10)
    • February 2019 (25)
    • January 2019 (10)
    • December 2018 (7)
    • November 2018 (19)
    • October 2018 (30)
    • September 2018 (10)
    • August 2018 (28)
    • July 2018 (23)
    • June 2018 (18)
    • May 2018 (30)
    • April 2018 (28)
    • March 2018 (35)
    • February 2018 (32)
    • January 2018 (20)
    • December 2017 (26)
    • November 2017 (16)
    • October 2017 (8)
    • September 2017 (28)
    • August 2017 (25)
    • July 2017 (17)
    • June 2017 (25)
    • May 2017 (20)
    • April 2017 (8)
    • March 2017 (28)
    • February 2017 (28)
    • January 2017 (40)
    • December 2016 (64)
    • November 2016 (68)
    • October 2016 (43)
    • September 2016 (43)
    • August 2016 (9)
    • July 2016 (11)
    • June 2016 (3)
    • May 2016 (5)
    • April 2016 (4)
    • March 2016 (3)
    • February 2016 (18)
    • January 2016 (29)
    • December 2015 (60)
    • November 2015 (39)
    • October 2015 (40)
    • September 2015 (58)
    • August 2015 (28)
    • July 2015 (3)
    • June 2015 (3)
    • April 2015 (13)
    • March 2015 (13)
    • February 2015 (9)
    • January 2015 (6)
    • December 2014 (12)
    • November 2014 (10)
    • October 2014 (19)
    • September 2014 (6)
    • August 2014 (3)
    • July 2014 (1)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (2)
    • March 2014 (2)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (3)
    • July 2013 (6)
    • June 2013 (5)
    • April 2013 (8)
    • March 2013 (31)
    • February 2013 (31)
    • January 2013 (16)
    • December 2012 (4)
    • November 2012 (9)
    • October 2012 (10)
    • September 2012 (12)
    • August 2012 (11)
    • July 2012 (31)
    • June 2012 (19)
    • May 2012 (13)
    • April 2012 (15)
    • March 2012 (16)
    • February 2012 (15)
    • January 2012 (18)
    • December 2011 (27)
    • November 2011 (22)
    • October 2011 (23)
    • September 2011 (29)
    • August 2011 (31)
    • July 2011 (29)
    • June 2011 (22)
    • May 2011 (25)
    • April 2011 (20)
    • March 2011 (16)
    • February 2011 (10)
    • January 2011 (8)
    • December 2010 (4)
    • November 2010 (1)

    Tajuk Jurnal Terbaru

    Recent Posts Widget

    Sponsors

    Komuniti Blogger

    Komen Terkini

    Search A Job

    Jawatan Kosong Neuvoo

    Top Commentators

    My Other Blogs

    • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
      Penjawat awam ejen perubahan nilai tadbir urus negara - Keratan akhbar Berita Harian 8 Februari 2021
    • Jom Kita Masak-Masak
      Homemade Overnight oatmeal
    • SRLavender's Library
      30kg Dalam 80 Hari - Sufian Sulaiman
    • Starlavenderluna's Bloglist

    Special Bloglist Until 28-February-2021

    • KasihkuAmani
      ebook | Puaka Rempit oleh Khairul Nizam Khairani
    • Blog Sihatimerahjambu
      Pisang Kapas Boleh Buat Apa
    • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
      Menunggu Pengunjung ke 2500k
    • Blog Cik TK
      DAY 11: GENRE BUKU KEGEMARAN ANDA
    • Shida Radzuan Blog's
      thes's Love Giveaway
    • Tiara Saphire
      Movie | Kerana Korona (2021)
    • LADY LIKE ME !
      Wordless Wednesday : Homemade Macha by お婆さん
    • Eza Boom Boom ◕‿◕
      [TQ Post #3] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger
    • Pencarian Jiwa Diri Saya
      Hadiah Daripada Pemberi Misteri
    • Blog Adianiez
      Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
    Facebook Fanpage Instagram LinkedIn Pinterest Bloglovin

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top