Tuesday, September 12, 2017

Tips wajib tahu sebelum memasang kertas dinding

Related image

Assalamualaikum wbt..
Selain daripada penggunaan cat dinding, kertas dinding adalah merupakan hiasan dinding yang menjadi pilihan kita. Ianya mempunyai pelbagai jenis, warna dan motif dan mampu memberi impak pada sesebuah ruang untuk menjadikannya lebih menarik dan sedap mata memandang. Kertas dinding nie mempunyai daya tahan yang agak lama iaitu 10 tahun jika dibandingkan dengan cat dinding. Ada tujuh tips yang penting dan wajib untuk kita tahu sebelum nak pasang kertas dinding...

1. Bersihkan permukaan dinding
Untuk pemasangan kertas dinding, penting untuk awak memastikan permukaan dinding bersih daripada sebarang kekotoran. Hiasan seperti jam atau bingkai gambar yang dipasang pada dinding juga harus ditanggalkan.

2. Permukaan dinding tak rata
Permukaan dinding haruslah rata untuk pemasangan kertas dinding. Jika terdapat sebarang lubang atau permukaan yang bergelombang, baiki dulu ruang tersebut. Seterusnya lakukan proses mengupas dan menampal dinding sebelum memasang kertas dinding. 

3. Pemilihan jenis kertas dinding
Pemilihan kertas dinding haruslah bersesuaian. Bagi pemasangan kertas dinding yang ingin dijadikan feature wall, awak perlu memilih gabungan corak kertas dinding yang bersesuaian. Kertas dinding yang ingin dijadikan feature wall mesti lebih kontra berbanding kertas dinding yang lain.

4. Motif kertas dinding mempengaruhi keluasan ruang
Aplikasi kertas dinding bermotifkan garisan menegak dan melintang mampu mempengaruhi saiz ruang kediaman. Kertas dinding bercorak garisan menegak akan membuatkan dinding kediaman kita kelihatan lebih tinggi, manakala corak kertas dinding yang melintang pula akan memberi impak luas pada sesebuah ruang.

Image result for wallpaper home


5. Padankan dengan perabot
Untuk menaikkan ambien pada ruang kediaman, awak harus memilih warna kertas dinding yang serasi dengan perabot serta kemasan lembut yang terdapat pada rumah kediaman awak.

6. Sediakan peralatan yang lengkap
Sebelum memulakan pemasangan kertas dinding, awak perlu menyediakan peralatan yang lengkap seperti alas plastik, tangga, pemotong, pensel, pita ukur, lem kertas dinding, span dan plate untuk meratakan dinding.

7. Penataan cahaya
Kertas dinding akan kelihatan lebih menarik apabila dibiaskan dengan pantulan cahaya lampu. Oleh itu, awak perlu mengenakan pemasangan lampu siling dan dinding yang bersesuaian dengan kertas dinding awak.

Itulah tips yang boleh saya kongsikan untuk tatapan awak.. 

10 comments:

  1. Sebahagian ruang dinding rumah WP ada pasang kertas dinding ni.
    Masalahnya kucing suka sangat garu2 sampai calar2.

    ReplyDelete
  2. Rabia pun teringin nak pasang wallpaper dalam bilik ni..

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak pakai kertas dinding ni, kena ada teknik...

    ReplyDelete
  4. Indeed ! Setuju sgt. Bila ju pilih wallpaper utk ruang ruma mmg titkberatkn point2 diatas =D

    ReplyDelete
  5. Teringin jugak nak pasang wallpaper ni . InsyaAllah satu hari nanti bila ada rumah sendiri CCL nak pasang wallpaper . Nampak cantik

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pasang kertas dinding nie.. Tapi kena tgu anak dara dua nie besar dan tak menconteng dulu.. Hehehe..

    ReplyDelete
  7. rasanya better guna wallpaper kan? senang pun senang dan corak semua cantik, thank bg tips

    ReplyDelete
  8. saya pernah guna kertas dinding balut almari lama saya,
    fuh boleh tahan juga nak pasang benda ni rupanya ...

    ReplyDelete
  9. Lea teringin jugak nak pasang wallpaper tapi dinding rumah lea tinggi sangat.. byk le kene spend duit... hehehe..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers